Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Soalan saya,apakah penjodoh bilangan yang tepat bagi soalan di bawah dan harap dapat penjelasan bagi jawapan yang dipilih. 1. Pak Mat menggunakan beberapa........ arang untuk membakar ikan.(puntung atau ketul)Lazimnya digunakan seketul arang kerana bentuk arang itu yang telah dipecah-pecahkan daripada asalnya kepada bentuk yang lebih kecil.Tatabahasa31.07.2012
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih.

1.1; widows: 2; text-transform: none; background-color: rgb(248,249,249); font-style: normal; margin-top: 20px; text-indent: 0px; font-family: 'helvetica neue', helvetica, arial, sans-serif; white-space: normal; orphans: 2; margin-bottom: 10px; letter-spacing: normal; color: rgb(51,51,51); font-size: 24px; font-weight: 500; word-spacing: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran.

Penyelidikan15.01.2018
1.Apakah maksud "berpatah arang berkeratkan rotan" dan " lalang ditiup angin". terima kasih.Makna lalang ditiup angin ialah pendirian yang tidak tetap. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui takrifan peribahasa sela rujuk Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP.Makna30.09.2009
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
ayat-ayat berikut betul? 1. kereta itu berhenti di tepi jalan kerana kehabisan minyak. 2. Arang itu diperalat oleh Amir untuk melukis gambar. 3. saya mempertajam pisau itu kerana tumpul. 4. Saya mempertajam pisau yang sudah tumpul itu.Semua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul. Terima kasih.Lain-lain03.03.2007
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
Salam sesjahtera. 1) Apakah cadangan terjemahan ini "BIODIESEL PRODUCTION FROM GREASE TRAP WASTE AND ITS PURIFICATION USING ACTIVATED BIOCHAR DERIVED FROM WOODCHIPS BIOMASS" 2) Apakah padanan yang sesuai untuk "as purifier in biodiesel production"? 3) Betulkah terjemahan ini " different residence time" -> jangka masa yang berbeza DAN "activated biochar" -> bioarang diaktifkan? Terima kasihKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Biodiesel production from grease trap waste and its purification using activated biochar derived from woodchips biomass": "Penghasilan biodiesel daripada penapis bahan gris dan penulenannya menggunakan bioarang teraktif hasil biojisim serpai kayu" atau "Pengeluaran biodiesel daripada alat perangkap gris dan pembersihan biodiesel karbon arang teraktif hasil biojisim serpih kayu".


2) "Purifier in biodiesel production": "Pembersih pengeluaran biodiesel" atau "penulen penghasilan biodiesel".


3) "Different residence time": "Waktu penetapan berbeza" atau "tempoh masa berbeza".


4) "Activated biochar": "Bioarang teraktif".


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah22.08.2021
apakah yang dimaksudkan perkataan DASAR?

Berikut disertakan 10 makna kata 'dasar' mengikut KD4: 

1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut;

2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang;

3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen;

4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap;

5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya;

6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu?

7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara;

8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya;

9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri;

10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;

Makna07.08.2009
apakah maksud dasar menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus dewan tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 317, dasar bermaksud 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; Makna04.07.2010
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022

Kembali ke atas