Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aras I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Ground Floor"? Aras 1 atau Aras Bawah? 2. Bagaimana dengan Aras di bawah Ground Floor? Sesuaikah "Aras B1"?Ground floor- Dicadangkan penggunaan tingkat bawah. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Inggeris Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain06.08.2007
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
Apakah perbezaan antara Pengkomersil dan Pengkomersialan? Adakah penggunaan istilah/tatabahasa bagi Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan, Aras 1, Pusat Komersil betul?Untuk makluman istilah pengkomersialan (commercialization) bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang dan lain-lain untuk dijual beli. Istilah pengkomersial tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Pusat Perhubungan Perindustrian dan Pengkomersialan (Industrial Relation and Commercialization Centre). Pusat Komersial atau Pusat Perdagangan ialah padanan bahasa Melayu untuk Commercial CentreIstilah23.05.2011
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
1)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH 2)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH yang mana lebih tepat (perbezaan perkataan adalah DALAM)Ganti DALAM kepada BAGI.

Ayat yang betul:

PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH.
Lain-lain02.03.2021
Assalammualaikum wbrt. Saya Roshafezal Bin Rosaland, boleh panghil saya Faizal. Saya merupakan seorang ejen hartanah.
Baiklah soalan saya apakah definisi tingkat 2 yang sebenar dan sebetulnya? Ada yang berpendapat tingkat satu bermula dari aras pertama, kemudian barulah tingkat 2, ada pula yang menyatakan tingkat 2 adalah aras ketiga selepas aras pertama dan kedua.
Dalam bahasa inggeriskan ada istilah Ground Floor maka tingkat satu adalah selepas Ground Floor iaitu aras ke 2.
Berbeza pula jika kita nyatakan rumah teres 1 tingkat, rumah teres 2 tingkat. Tiada pula wujud masalah kerana tiada penggunaan Ground Floor di situ. Dalam bahasa inggeris panggil Single Storey untuk rumah 1 tingkat dan Double Story untuk rumah 2 tingkat.
Boleh Tuan/Puan bantu beri penjelasan dan war-warkan supaya masyarakat tidak keliru lagi dan tidak wujud salah faham dan ada rujukan yang boleh kita rujuk.
Maaf jika rujukan tersebut sudah wujud tapi saya tidak jumpa menerusi carian Google.
Terima kasih atas perhatian.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.Wassalam
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2376, perkataan tingkat bermaksud susunan atau lapisan bangunan, mangkuk, tanah dan lain-lain yang bertindih-tindih atau terletak satu di atas satu yang lain atau; dasar atau lantai di sesuatu ruang bangunan, kompleks beli-belah, hotel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya.Makna28.03.2024
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain04.04.2014
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan,

Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 1">

Lain-lain27.10.2016
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL.
2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.
Lain-lain02.04.2014
Mohon untuk semak ayat ini. 1. Sila peka terhadap tarikh perbincangan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat. Adakah penggunaan perkataan peka ini sesuai? 2. Syarikat ini beroperasi di paras satu. Perkataan paras atau aras yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.

1. Penggunaan perkataan peka dalam ayat tersebut betul.

2. Kedua-dua perkataan betul. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah aras.

Tatabahasa21.09.2021
12345678910

Kembali ke atas