Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (usu in pl ) arkib: the National A~s, Arkib Negara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata archive


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
archive life more than 200 yearshayat arkib lebih 200 yearsLain-lain03.06.2008
Salam. Saya Nuraishah Affandi dari Serdang, Selangor. Sekitar tahun 2005 dalam akhbar-akhbar tempatan, ada disiarkan berita mengenai kejayaan seorang lelaki bernama Lee Guan Hooi (http://www.mail-archive.com/it-kelantan@yahoogroups.com/msg01517.html) yang mencipta kaedah menguasai Jawi dengan mudah. Semenjak berita itu disiarkan, saya tertunggu-tunggu buku beliau sehingga kini. Jenuh menunggu, saya mula mencari. Pencarian saya menemui bahawa beliau sukar mencari penerbit untuk menerbitkan bukunya (http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=15197), dan berita mengenai beliau terhenti di situ. Tiada dapat saya cari berita sama ada beliau berjaya menerbitkan bukunya atau tidak. Persoalan saya, seandainya beliau masih belum berjaya menerbitkan bukunya, mungkinkah bagi pihak Tuan untuk mempertimbangkan penerbitan buku beliau? Saya tiada perkaitan dengan beliau. Tujuan saya ialah saya ingin mempelajari Jawi kerana saya tidak reti menulis, dan membaca kadangkala masih perlu mengeja. Sekian, terima kasih.

Waalaikum salam..

Puan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut melalui emel noriyani@dbp.gov.my

Terima kasih

Lain-lain11.12.2010
Tuan, Perpustakaan Negara Malaysia sedang meminda Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan. Jabatan Peguam Negara tidak bersetuju menggunakan istilah Born Digital tetapi meminta takrifan diberikan dalam Bahasa Melayu yang sama maksud dengannya. Mohon pandangan tuan berkaitan terma Bahasa Melayu yang boleh digunakan, adakah "Terbitan yang wujud dalam bentuk digital" atau terma lain. Sebab "wujud dalam bentuk digital" juga boleh dimaksudkan digitalization/pendigitalan iaitu wujud dalam bentuk digital hasil dari penukaran format bahan fizikal. SekianBerdasarkan konteks penerangan tersebut, born - digital merupakan 'asal digital'.
Walau bagaimanapun, istilah ini dikategorikan dalam kelas kata adjektif yang memerlukan perkataan lain untuk membentuk istilah dalam kelas kata nama, iaitu seperti padanan yang berikut:

born-digital material - bahan asal digital
born-digital record - rekod asal digital
born-digital archive - arkib asal digital

Konsep 'pendigitalan' berbeza dengan konsep 'asal digital'. Bahan atau rekod asal berbentuk fizikal dan penukaran format dari fizikal ke digital menjadikannya satu proses 'pendigitalan'. Manakala, bahan atau rekod 'asal digital' pula sememangnya telah dijana secara digital dan hasilnya juga dalam bentuk digital tanpa perlu dicetak secara fizikal.
Lain-lain21.07.2021

Kembali ke atas