Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.kaik] | ارکاءيک

Definisi : 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg tidak begitu dikenal atau bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkaik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih.Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai.

Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur)
Lain-lain13.08.2018
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar?Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard.Lain-lain29.09.2016
apa kah singkatan untuk perkataan pengkalan, pgkl atau pkln? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengkal ialah kata arkaik (pingkal) yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan pingkal daripada dialek Jawa bermaksud tertawa tergelak-gelak.  

Makna05.09.2008
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasihDialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP.Makna04.10.2009
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya.Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda.Tatabahasa21.10.2018
apakah lagi perkataan yang jarang digunakan tetapi terdapat dalam kamus dewan?Saudara boleh merujuk Kamus Dewan dan mengenal pasti perkataan-perkataan yang ditandakan sebagai arkaik atau sastera lama.Lain-lain30.01.2009
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, bolehkah saya mendapatkan ayat contoh bagi perkataan ALPUKAH yang membawa maksud usaha atau inisiatif. Terima kasih.Perkataan alpukah merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang bermaksud daya usaha, inisiatif dan kehandalan. Perkataan tersebut tidak lazim digunakan oleh masyarakat dalam ungkapan harian.

Contoh ayat:

Alpukah yang ditunjukkan oleh laksamana dalam mempertahankan kedaulatan negara amatlah dihargai oleh Datuk Bendahara.
Tatabahasa18.12.2017
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya, perkataan 'aksara' adalah kata lain bagi perkataan 'huruf', apakah istilah/perkataan lain yang menggantikan kata 'ayat' dan 'perkataan' (berkemungkinan besar perkataan itu adalah asalnya bahasa sanskrit atau arkaik)Betul, aksara ialah huruf atau angka. Untuk mendapatkan makna perkataan-perkataan lain sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my.Makna18.06.2018
maksud perkataan 'bala cara' sebab perkataan ini terdapat di batu bersurat Terengganu. Adakah perkataan ini sudah tidak digunakan lagi atau ianya tidak tersedia lagi di Kamus Dewan? Terima kasih DBP

Perkataan “balacara” merupakan perkataan arkaik (tidak digunakan lagi) yang berasal daripada bahasa Sanskrit membawa maksud “perzinaan” atau “berzina”. Sila rujuk buku Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu – Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?- Ahmat Adam.

Makna04.03.2022
Apa terjemahan 'avast' dan 'aye' yang biasanya digunakan oleh lanun?

Avast” bermaksud “berhenti”. Perkataan ini digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan pelayaran kelasi atau perkapalan. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN).

 Aye”  bermaksud “baik tuan!”. Perkataan ini ditandai dengan tanda arkaik (tidak lazim digunakan)  dalam kamus. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN dan KAMUS DEWAN PERDANA).

Makna03.07.2022
12

Kembali ke atas