Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.kéo.lo.gi] | ارکيولوݢي

Definisi : (arkéologi) kajian saintifik menge­nai sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah) dgn cara penggalian dan peng­huraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang arkeologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.kéo.lo.gi] | ارکيولوݢي

Definisi : /arkéologi/ kajian saintifik ttg sesuatu kebudayaan, terutamanya kebudayaan prasejarah, dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkeologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaeologistahli arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan arkeologi. Untuk menjadi ahli arkeologi, seseorang itu perlu mendapatkan pendidikan formal dalam bidang arkeologi dan sains sosial. Ahli arkeologi juga bertugas sebagai kurator, ahli konservasi dan ahli pemuliharaan. Pengiktirafan seseorang ahli arkeologi berdasarkan kepakaran dan pengkhususan bidang seperti prasejarah, protosejarah dan sejarah.
archaeology museummuzium arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMuzium yang dibina khusus untuk mempamerkan tinggalan arkeologi. Tujuannya adalah untuk pameran, penyelidikan dan pemeliharaan jumpaan arkeologi. Lokasi muzium ini biasanya dibina di tapak atau berhampiran dengan tempat terjumpanya tinggalan arkeologi. Muzium arkeologi di Malaysia ialah Muzium Arkeologi di Lenggong (Perak) dan Lembah Bujang (Kedah). Kedua-dua muzium diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia.
underwater archaeologyarkeologi bawah airArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang tertumpu pada warisan kebudayaan yang terdampar di bawah permukaan air termasuk kapal karam dan kota yang tenggelam. Subbidang ini meliputi arkeologi maritim dan arkeologi nautika. Contoh penyelidikan arkeologi bawah air yang telah dijalankan di Malaysia ialah penyelidikan Kapal Risdam dan Desaru yang karam di perairan Johor, serta Kapal Diana di Selat Melaka.
archaeological sciencesains arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang dikenali juga sebagai arkeologi baru yang diperkenalkan oleh Lewis Binford. Subbidang ini merujuk kepada teknik ekskavasi yang mementingkan aspek stratigrafi dan saintifik. Terdapat empat pendekatan dalam sains arkeologi iaitu uji kaji, kuantitatif, kualitatif dan simbolik.
archaeological recordrekod arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRekod tentang tapak arkeologi yang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu rekod harian, laporan teknik dan laporan akhir. Tujuannya untuk menyimpan data berhubung dengan tapak penyelidikan arkeologi. Rekod ini juga meliputi catatan, fotografi dan rakaman video. Contohnya, rekod tapak arkeologi Gua Angin (Pahang) dan Gua Taat (Terengganu).
salvage archaeologyarkeologi penyelamatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang dijalankan di sesuatu tapak yang ditemui secara tidak sengaja akibat gangguan manusia, projek pembangunan dan gejala alam sekitar seperti banjir dan tanah runtuh untuk mendapatkan data arkeologi yang boleh diselamatkan di tapak tersebut. Penyelidikan ini juga memungkinkan kajian terancang dilaksanakan di kawasan tersebut. Contoh kajian arkeologi penyelamatan yang terpenting di Malaysia ialah penemuan tapak Paleolitik Bukit Jawa di Lenggong (Perak) berusia sekitar 200 000 tahun yang dijumpai semasa pembinaan jalan baru menghubungkan Kuala Kangsar � Grik. Sinonim arkeologi salvaj.
archaelogical contextkonteks arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKeadaan fizikal tapak arkeologi, lingkungannya dan budaya yang berhubungan dengan data artifak, ekofak dan fitur yang dianalisis dan dibuat interpretasi dengan kaedah arkeologi. Di tapak Pangkalan Bujang, ditemui jumpaan pelbagai seramik asing seperti biru-putih, Tang, Yuan, seramik Parsi serta struktur bangunan bersama pecahan tembikar tanah, relikuari dan arca. Dari sudut konteks arkeologi, bahan ini memperjelaskan perkembangan candi dan keagamaan Hindu atau Buddha secara bersama melalui perdagangan.
archaeological burialrekod pengebumian arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRekod tentang kubur yang ditemui di tapak arkeologi. Rekod ini diambil dengan menggunakan kaedah mengambil gambar, pengukuran, catatan dan kajian makmal. Tujuannya untuk menyimpan data berhubung dengan sistem pengebumian arkeologi seperti jantina, umur, kaum dan status. Contohnya, rekod pengebumian arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing (Perak) dan Gua Niah (Sarawak).
archaeological lawundang-undang arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUndang-undang khusus yang berkaitan dengan arkeologi. Di Malaysia, undang-undang ini digubal dan diluluskan oleh Parlimen yang dikenali dengan Akta Bendapurba 1976. Fungsinya adalah untuk memulihara tinggalan arkeologi.
archaelogical methodkaedah arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu pendekatan dalam arkeologi bagi mengumpul data. Pertama, melalui proses survei primer dan sekunder. Kedua, melalui proses ekskavasi. Tujuannya adalah untuk melihat potensi sesebuah tapak kajian, kronologi budaya dan sejarah berdasarkan penemuan data.
12345678910...

Kembali ke atas