Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ro.ma] | اروما

Definisi : bau (terutama bau yg menyedapkan drpd rempah, pokok, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ro.ma] | اروما

Definisi : bau, terutama yg menyenangkan, sedap atau harum drpd rempah, pokok, dsb: ~ masakan itu sungguh membangkitkan selera. beraroma mempunyai aroma; berbau sedap: masakan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aroma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
satu aroma & rasa baharu (dan)satu aroma dan rasa baharuTatabahasa10.06.2008
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2021
Tuan, apa maksud "daun buan" ? Sekian, terima kasih. LimDaun buan ialah sejenis daun yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh di Sarawak bagi menambah aroma masakan. Lazimnya digunakan untuk membungkus ikan keli untuk dibakar.Tatabahasa10.01.2013
Roslan Mohd Anuar Nov 18th, 12:27pm Salam admin..sy merupakan seorang guru di pantai timur semenanjung..sy mohon jika ada sebarang program atau pertandingan y melibatkan pelajar sekolah,mohon admin panjangkan kpd saya utk maklumkan kpd pelajar utk kegiatan luar pelajar sebab byk program yang dianjurkan oleh dbp tiada dlm makluman kami..atau boleh emelkan kpd sya di alamat aroma.rma@gmail.comDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Nov 18th, 5:15pm Terima kasih. Mohon jasa baik cikgu untuk kerap membaca status terkini di dinding FB DBP untuk tujuan tersebut. Pihak kami akan kerap mengemas status terkini yang boleh dikongsikan untuk masyarakat. Sila layari www.dbp.gov.my pada masa yang sama. Terima kasih.Lain-lain18.11.2015

Kembali ke atas