Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.fi.sial] | ارتيفيسيال

Definisi : bukan asli, buatan, tiruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artifisial


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMANIS ARTIFISIAL UMUM 
SINTETIK

Sintetik ialah bahan yang dicipta secara artifisial

apabila dua unsur atau lebih digabungkan secara

kimia untuk membuat sebatian baru. Sintetik

termasuk semua plastik dan serat buatan seperti

akrilik, asetat dan nilon. Kebanyakan bahan sintetik

telah dimajukan semasa keluaran asli berkurangan

atau tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan

perindustrian tertentu.

UMUM 
NEPTUNIUM

Neptunium ialah unsur yang dicipta secara

artifisial dengan simbol kimia Np. Nombor

atomnya ialah 93. Isotopnya yang paling stabil

mempunyai berat atom 237 dan separuh hayat

dua juta tahun (lihat Sinaran ). Neptunium ditemui

oleh Edwin M. McMillan dan P.H. Abelson di

University of California, Amerika Syarikat, pada

tahun 1940. Ia mula-mula dihasilkan dengan

membedil uranium dengan neutron perlahan.

Neptunium yang dihasilkan dengan cara ini

adalah tidak stabil dan mereput untuk

membentuk isotop yang boleh digunakan untuk

pembelahan nuklear. Ahli sains mencipta banyak

neptunium dalam reaktor nuklear dan mengkaji

sifat-sifat fizikal dan kimia. Logam neptunium

mempunyai ketumpatan 20.25 gram per

sentimeter padu pada 20 ° C. Ia melebur pada

639°C.

UMUM 
KURIUM

Kurium ialah unsur radioaktif artifisial. Nombor

atomnya ialah 96 dan simbol kimianya ialah Cm.

UMUM 
REALITI MAYA

Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi,

artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai

alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi

deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan

pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah

berada di dalam dunia janaan komputer.

UMUM 
NOBELIUM

Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan

secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor

atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang

diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai

bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan

dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259

dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ).

Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit

untuk ditimbang.

UMUM 
MENDELEVIUM

Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta

secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan

nombor atomnya ialah 101. Mendelevium

mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258

dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium

yang paling berat mempunyai nombor jisim 260

dan separuh hayat 32 hari.

UMUM 
EINSTEINIUM

Einsteinium (simbol kimia, Es) ialah unsur

radioaktif artifisial. Nombor atomnya ialah 99 dan ia

mempunyai 14 isotop.

UMUM 
KALIFORNIUM

Kalifornium ialah unsur kimia radioaktif yang

dihasilkan secara artifisial. Simbol kimianya ialah Cf

dan nombor atomnya ialah 98.

UMUM 
TEKNETIUM

Teknetium ialah unsur kimia dengan simbol Tc.

Ia adalah unsur yang pertama kali dicipta secara

artifisial. Nombor atomnya ialah 43. Isotop paling

stabil yang tersedia ada mempunyai nombor jisim

98.906.

UMUM 
12

Kembali ke atas