Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.kel] | ارتيکل

Definisi : 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar, majalah, dll), makalah, rencana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ti.kel] | ارتيکل

Definisi : 1 bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2 karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artikel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada saudari,

Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara  Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. 

Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain21.02.2010
MAKNA PENDIDIKAN SECARA HOLISTIKSila buku-buku, artikel-artikel atau jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pendidikan untuk mendapatkan maknanya secara holistik (menyeluruh).Lain-lain06.08.2009
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu.Tatabahasa08.12.2014
Berapakah artikel munsyi bahasa telah diterbitkan dan bagaimana saya hendak mendapatkan semua artikel munsyi bahasaArtikel munsyi biasanya dikeluarkan dalam majalah Pelita Bahasa ataupun Jurnal Bahasa.Tuan boleh menyemaknya setiap kali majalah tersebut berada dalam pasaran.Lain-lain28.07.2006
apakah maksud jati diri bangsa malaysia?jelaskan dengan terperinci.

Jati diri: sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti.

Untuk huraian secara terperinci sila rujuk artikel-artikel atau buku--buku yang berkaitan.

Makna31.03.2009
ARTIKEL TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYUSila rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti "Kesalahan-kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu" (Asraf), Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan Penyelesaiannya (S.Nathesan). Lain-lain20.01.2009
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBPSaudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP.Lain-lain08.10.2007
artikel perkembangan bahasa melayu di sarawakSila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2003 . 2. Monograf Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Malaysia di Sarawak Prof Dato' Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) . 3. Seminar perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003Lain-lain01.08.2007
Saya ada menulis sebuah novel dan beberapa artikel motivasi. Bagaimana caranya sekiranya saya ingin menerbitkan cerpen dan artikel motivasi saya itu?Tahniah atas atas kesungguhan tuan menulis novel dan artikel tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Ketua Editor, Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau boleh juga menghubungi talian 03-21479000 dan minta sambungan Bahagian Majalah.Lain-lain02.01.2014
SAYA INGIN MENGETAHUI SAMAADA PIHAK DBP ADA MENERBITKAN ARTIKEL DALAM BAHASA INGGERIS. SAYA BERMINAT UNTUK MENGHANTAR ARTIKEL BAHASA INGGERIS SAYA KEPADA PIHAK DBP. TERIMA KASIH.Untuk amkluman tuan, DBP menerbitkan artikel dan buku dalam bahasa Melayu, kecuali jika ada keperluan untuk menterjemahkan karya Sasterawan Negara ke bahasa-bahasa lain. Lain-lain24.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas