Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tro.pod] | ارتروڤود

Definisi : (Bio) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) drpd filum Arthropoda yg mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.tro.pod] | ارتروڤود

Definisi : haiwan tanpa tulang belakang, termasuk krustasia, serangga, araknid dan lipan, yg mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi dan mempunyai rangka luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artropod


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
artropodarthropodHaiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat RajahMenengah Rendah
kutikelcuticle1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. Lihat RajahMenengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas