Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ru.han] | اروهن

Definisi : (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain yg berdekatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ru.han] | اروهن

Definisi : 1 proses memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 daya yg mendatangkan kesan kpd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aruhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUHAN ELEKTRIK

Aruhan elektrik ialah proses yang

menyebabkan sesuatu objek dicaskan oleh objek

lain yang mempunyai cas elektrik, tanpa disentuh.

Aruhan elektrik disebabkan oleh tarikan

elektrostatik , iaitu tarikan antara dua cas elektrik

yang berlawanan. Tarikan elektrostatik berbeza

daripada aruhan elektromagnet, iaitu daya yang

bertindak pada zarah bercas yang disebabkan

oleh perubahan medan magnet.

UMUM 
GEGELUNG ARUHAN UMUM 
HUKUM ARUHAN FARADAY

Hukum aruhan Faraday, hukum yang menyatakan bahawa magnitud daya gerak elektrik (dge), yang teraruh dalam suatu litar elektrik, berkadar terus kepada kadar perubahan fluks magnet yang memotong merentasi litar tersebut.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
TESLA, NIKOLA

Tesla, Nikola (1856–1943), jurutera elektrik yang

umumnya terkenal sebagai pencipta motor aruhan.

Semasa masih belajar, dia telah mereka sebuah

motor tanpa penukar tertib. Tesla mencipta sebuah

motor bergegelung tersusun yang apabila

gegelung-gegelung itu tidak sejalan, arus ulang-alik

membekalkan tenaga dari medan magnet yang

dihasilkannya berputar pada kelajuan seperti yang

ditentukan terlebih dahulu. Lihat Motor elektrik.

Tesla mempatenkan motor medan berputar ini

pada tahun 1888. Dia memperkenalkannya ketika

motor yang seperti itu dicari untuk alat sokongan

kepada arus ulang-alik. Dia menjualnya kepada

syarikat George Westinghouse yang

memajukannya menjadi motor komersial.

Tesla turut memajukan medan voltan tinggi dan

radas frekuensi. Dia mencipta gegelung Tesla,

suatu sistem pencahayaan arca, penjana arus

frekuensi tinggi dan sebuah sistem penghantaran

wayarles.

UMUM 

Kembali ke atas