Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rus] | اروس

Definisi : 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara ber­­asingan drpd kedudukannya dlm ~ pen­­ce­ri­taan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ per­ubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (peng­hidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg mem­bawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ per­dana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rus] | اروس

Definisi : 1 aliran air (udara, elektrik dsb). 2 ki kejadian atau peristiwa yg berlakunya dlm sesuatu masa; perkembangan: ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): Tiada kawasan di negeri ini yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai galah di tengah arus.

Bermaksud :

Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyphasepolifasaKejuruteraanTiadabekalan kuasa arus ulang-alik yang membawa arus-arus yang sama frekuensi dengan perbezaan fasa yang seragam jaraknya.
equatorial currentarus khatulistiwaGeografiTiadaArus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa.
cold-water desertgurun air sejukGeografiTiadaKawasan-kawasan barat pinggir laut gurun-gurun panas yang menerima laruan air sejuk yang berkait dengan arus-arus lautan sejuk menghala ke khatulistiwa.
pistonombohKejuruteraanTiada2. Plat pengalir dalam komunikasi frekuensi tinggi yang dapat digerakkan di sepanjang bahagian dalam laluan penghantaran tertutup untuk memintas keluar arus-arus frekuensi tinggi.
leakage currentarus bocoranKejuruteraanTiadapenebat atau dielektrik bagi pemuat.,2. Arus yang mengalir di antara dua atau lebih elektrod dalam tiub dan bukannya merentasi ruang antara elektrod.,3. Arus sebelum pensuisan pada voltan tertentu.,4. Semua arus, termasuk arus yang terganding secara pemuat, yang dapat disampaikan di antara bahagian-bahagian tertenaga litar dengan bumi atau bahagian-bahagian lain.,5. Arus pengaliran melalui pemuat apabila voltan terus dikenakan.
constant-current characteristicciri arus malarKejuruteraanTiadaCiri voltan-arus apabila arus hampir-hampir tak bersandar terhadap voltan kenaan.
lagging currentarus susulanKejuruteraanTiadaArus yang mengalir pada litar yang kebanyakannya beraruhan. Jika arus mengandungi hanya aruhan, arus mengelati voltan kenaan dengan 90ø.
equatorial counter currentarus songsang khatulistiwaGeografiTiadaSejenis arus khatulistiwa yang mengalir ke timur terletak di antara arus khatulistiwa utara dan arus khatulistiwa selatan.
ocean currentarus lautan; arus samuderaGeografiTiadaIstilah yang merujuk kepada aliran-aliran air yang lebih laju dalam lautan berbeza dengan aliran-airan lebih perlahan yang digelar hanyutan.
ocean currentarus lautan; arus samuderaKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas