Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa] | اس

Definisi : harap(an); putus (berputus) ~ tidak mena­ruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dsb), putus harapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa] | اس

Definisi : ® esa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa] | اس

Definisi : Mn 1. sangka; 2. sengaja; mengasa 1. menyangka; 2. menyengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa] | اس

Definisi : harapan: putus ~ putus harapan; tidak ada harapan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  maksud asa ialah
1. harapan
2.  sangka atau sengaja

Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan"
Makna23.10.2018
Saya memohon asa pihak tuan untuk melihat bahasa yang digunakan dalam instrumen kajian sayaSekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut:

Jenis huruf: Arial/Times New Roman
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris
Penyemakan dan penterjemahan07.09.2022
Cara yang betul menulis ku Tidak akanku berputus asa atau Tidak akan kuberputus asa. Andaiku toleh ke kiri atau Andai kutoleh ke kiri.Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan.

Kubuat 
Kuambil
Kudambakan
Kutitipkan

Kuberbuat (salah)
Kuperbuat (salah)
Kumengambil (salah)

Andai kutoleh ke kiri (betul)
Tidak akan aku berputus asa (betul)

Jika kata kerjanya berimbuhan awalan, ku secara automatis ditukarkan menjadi aku (penuh).
Lain-lain19.08.2021
Tuan, saya ingin memastikan adakah soalan saya ini betul tatabahasanya. 1) Bermain sukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. 2) Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. dan, yang mana satukah yang lebih tepat? terima kasih.Ayat kedua Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa adalah betul.Tatabahasa29.06.2012
Usaha untuk membantu murid yang lemah terus ______ tanpa mengenal erti putus asa. a. diperhebat b. diperhebatkan apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Usaha untuk membantu murid yang lemah terus diperhebat tanpa mengenal erti putus asa.Tatabahasa28.04.2014
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
adakah perkataan peraut wujud.sekiranya asa spa maksudnya.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata masukan yang terdapat ialah 'raut' yang bermakna sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajam, menghalus) rotan dan lain-lain.Makna12.02.2008
Bolehkah ‘ membuat sesuatu kerja tanpa berputus asa ‘ diterima sebagai maksud bagi Peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam ?Peribahasa "alang-alang berdakwat biar hitam" bermaksud berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. Kepalang tanggung bermaksud kurang sempurna.Makna03.12.2022
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
123

Kembali ke atas