Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancestral home (homeland)negeri nenek moyangSejarahTiadaTempat asal keturunan seseorang.
genealogygenealogiKesusasteraanTiadaIlmu mengenai salasilah garis keturunan atau asal usul manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Contoh: jurai keturunan raja-raja dalam sastera sejarah.
البنوةsalasilah (ke bawah)Agama IslamFiqhAsal usul keturunan ke sebelah bawah.
pedigreepedigriVeterinarTiadaSenarai keturunan atau salasilah haiwan yang disimpan dalam rekod yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Senarai ini menunjukkan asal usul sesuatu haiwan. Haiwan sebegini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai sifat-sifat tertentu yang diingini seperti dalam baka asal.
stemastemaKesusasteraanTiadaKaedah dalam kerja penyuntingan sesebuah teks untuk mencari teks asal atau teks prototaip. Kaedah ini melibatkan kajian perbandingan versi naskhah secara kajian filologikal, diikuti dengan penurunan garis keturunan naskhah dari atas ke bawah. Sistem penyuntingan ini dikenali juga sebagai stematologi. Contoh penyuntingan teks berdasarkan stema ini dapat dilihat dalam kajian L. F Brakel 1988 ke atas versi naskhah bertajuk Hikayat Muhammad Hanafiyyah.
beef pedigreepedigri lembu pedagingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLembu pedaging yang mempunyai rekod sejarah keturunan atau salasilah yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Lembu ini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai ciri tertentu yang diingini seperti terdapat pada baka asal. Bagi meningkatkan baka dan kualiti, lembu ini dipelihara di ladang yang khas.
racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindungan sewajarnya bagi membolehkan mereka menikmati hak dan kebebasan asasi. Konvensyen 1965 ini mewajibkan negara ahli mengecam dan berjanji untuk membuat polisi yang menghapuskan segala bentuk diskriminasi ras.

Kembali ke atas