Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sam] | اسم

Definisi : 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; akar ~ kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam

Puisi
 

Bukan asam sebarang asam,
     Asam kandis dari seberang;
Bukan hitam sebarang hitam,
     Tidak puas mata memandang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
"asam laksa" atau "laksa asam"?Jawapan yang betul ialah laksa asam.Istilah16.07.2007
Mengapakah asam boi tiada dalam kamus dewan?Dalam pangkalan data kami terdapat perkataan "asam ko" dan "asam masin" yang membawa maksud sejenis buah masam yang dikeringkan.Lain-lain20.09.2018
Soalan: Apakah terjemahan “asam gelugur” dalam bahasa Inggeris? Sering kali dijumpai dalam buku masakan dan di internet bahawa “tamarind slices” adalah “asam gelugur”. Ini sangat mengelirukan kerana istilah “tamarind” adalah merujuk kepada asam jawa yang datangnya dari pokok asam jawa, bukannya pokok gelugur. Harap DBP dapat berikan penjelasan. Terima kasih.​Tiada padanan yang tepat bagi istilah asam gelugur dalam bahasa Inggeris kerana istilah sumbernya merupakan istilah tempatan.Istilah03.11.2023
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama ....

Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah:

  1. diramas
  2. dilumur
  3. dicampurkan
  4. direbus
Tatabahasa24.12.2018
Saya ingin bertanya, apakah status ayat dalam contoh ini: Ahmad sedang belajar memasak asam laksa. Terdapat dua kata kerja, adakah "memasak asam laksa merupakan unsur keterangan? Adakah belajar kata kerja tak transitif berpelengkap atau tanpa pelengkap? Terima kasih.Ayat ini merupakan ayat tak transitif. Frasa memasak asam laksa merupakan keterangan . Kata belajar ialah kata kerja tak transitif dengan keterangan kerana ayat Ahmad sedang belajar sudah lengkap dan frasa yang mengikutinya merupakan keterangan.     Tatabahasa03.06.2008
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
saya dah sumbit permohonan untuk restoran asam pedas claypot.. sekarang saya menunggu pengesahan dr dewan bahasa & pustaka.. tetapi saya ingin tahu betul cara saya .. boleh anda call saya di 011 21781054.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain18.10.2015
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
Salam Sejahtera, 1. Rajin agak anak Pak Wahab mengemas bilik. 2. Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas. 3. Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas. 4. Disiplin SJK C Pei Hwa sungguh baik sekali. Ayat yang manakah betul dan tepat. Terima kasih.Waalaikumusalam.
Ayat yang betul dan tepat ialah ayat nombor 3 dan 4
Lain-lain19.07.2016
12

Kembali ke atas