Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sam] | اسم

Definisi : 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; akar ~ kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam

Puisi
 

Bukan asam sebarang asam,
     Asam kandis dari seberang;
Bukan hitam sebarang hitam,
     Tidak puas mata memandang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lebih datar dari gradien muka air tanah dan gradien permukaan tanah. (HID) kandis (kandis) Nama piawai bagi kayu Garcinia spp. daripada famili Guttiferae. Nama tem- patannya di Semenanjung Malaysia ialah asam gelugur, lulai dan manggis hutan, di Sabah ialah bebata dan di Sarawak ialah sikop. Beberapa spesies utamanya termasuk Garcinia atroviridis , G. bancana, G. cowa, G. forbesii, G. griffithii, G. malaccenis mengumpul ser- ta mengarahkan gelombang bunyi masuk ke dalam bukaan telinga luar. (BIO) pinnate leaf (daun pinat) Daun majmuk yang terletak di sebelah-menyebelah rakis. Contohnya, daun turi dan daun asam jawa. (BIO) pipper image (imej piper) Imej alur cahaya yang diunjurkan menerusi piper untuk tujuan pengarahan. (FIZ) picture element pipper image piston flow plain thrust bearing Kamus Sains.indb 514

Kembali ke atas