Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama ....

Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah:1">

  1. diramas1">
  2. dilumur1">
  3. dicampurkan
  4. direbus
Tatabahasa24.12.2018
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
Salam Sejahtera, 1. Rajin agak anak Pak Wahab mengemas bilik. 2. Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas. 3. Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas. 4. Disiplin SJK C Pei Hwa sungguh baik sekali. Ayat yang manakah betul dan tepat. Terima kasih.Waalaikumusalam.
Ayat yang betul dan tepat ialah ayat nombor 3 dan 4
Lain-lain19.07.2016
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. oneng-oneng -  anak piut (ke­tu­runan yg kelima)
2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus
3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.
4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp.
5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami
6. dedalu1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma;
7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan
8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ica­cinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata.
9. dedaup1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus.
11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni
Makna02.04.2014

Kembali ke atas