Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mempasifkan ayat : 1. Asap kenderaan mencemari udara kita. Bolehkah ayat pasifnya dalam bentuk: 1a. Udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Menurut data kami, ayat pasif yang betul ialah udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Tatabahasa17.04.2020
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan?Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder
2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih.1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros.
2. Panas daripada oven.
3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu.
Tatabahasa02.06.2012
Perkataan naik dalam ayat di bawah adakah betul penggunaannya... 1. Sally naik bas ke sekolah 2Bekepul-kepul asap naik ke udara dalam kebakaran itu.Penggunaan perkataan "naik" dalam ayat kedua betul, namun dalam ayat pertama perkataan yang betul ialah "menaiki".Tatabahasa03.03.2014
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk : 1. secand hand smoke 2. roller coaster Terima kasih1. Second-hand smoke juga dikenali sebagai secondary smoke. Dalam bidang Aeroangkasa, istilah bahasa Melayu untuk secondary smoke ialah asap sekunder. 2. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu.Istilah19.04.2018
Adakah ayat ini betul dari segi struktur ayat dan tatabahasa? Perlu tak letak 'di kawasan perumahan ini' di hujung ayat sedangkan saya sudah nyatakan nama kawasan di permulaan ayat? 1. Menerusi kajian saya di kawasan Batu Lahad, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor juga merupakan antara punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara di kawasan perumahan ini.Frasa "di kawasan perumahan ini" boleh digugurkan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Bilakah perkataan “ditambahkan” atau “menambahkan” boleh digunakan? Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: “Bahan pengawet 20. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “bahan pengawet” ertinya apa-apa bahan yang, apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian, atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:

i.   Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar

ii.  Maksud kausatif atau menyebabkan

iii. Maksud benefaktif atau manfaat

Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah  awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.

Tatabahasa28.05.2021
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012
12

Kembali ke atas