Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sas] | اساس

Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAS 50

Asas 50 ialah pertubuhan sastera Melayu moden.

ASAS 50 adalah singkatan daripada Angkatan

Sasterawan 50, yang diasaskan oleh sasterawan,

budayawan, wartawan dan ahli bahasa. Pertubuhan

ini antara lain bertujuan untuk menyatukan para

pengarang Melayu dalam satu wadah perjuangan

untuk mempertingkat dan menjaga kepentingan

penulis dalam masyarakat. ASAS 50 ditubuhkan di

Singapura pada 6 Ogos 1950.

UMUM 
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM 
TACHYON

Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas

ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai

bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon

wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam

tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih

tinggi daripada kelajuan cahaya.

UMUM 
MUON

Muon ialah sejenis zarah asas yang hampir sama

dengan elektron tetapi mempunyai jisim yang

lebih berat. Sesuatu zarah asas tidak terdiri

daripada unit yang lebih kecil. Muon tergolong

dalam famili zarah asas yang dinamakan lepton,

yang juga termasuk elektron. Seperti elektron,

muon kira-kira 207 kali lebih berat daripada

elektron. Muon adalah tidak stabil dan ia mereput

(mengurai) membentuk elektron dan lain-lain zarah

yang lebih ringan.

UMUM 
ASAS AL-BALAGHAH

Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus

perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari.

Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar.

Dia menyusun kamus ini dengan cara yang

berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya.

Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan,

penjelasan makna perkataan dan keterangannya

mengikut cara konteks.

UMUM 
TIANG SAMBUT

Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang

dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh

membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan

sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah

bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin

penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf

berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi

bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit,

dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau

lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
FENOMENON PENGANGKUTANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SURAH AL-NISA'

Surah al-Nisa’ ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang keempat mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

176 ayat. Ia dinamakan al-Nisa’ (wanita) kerana di

dalam surah ini terdapat banyak hukum yang

berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum

sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.

Surah al-Nisa’ juga disebut surah al-Nisa’ al-Kubra

berbeza dengan surah al-Nisa’ al-Sughra yang juga

dikenali dalam al-Qur’an sebagai surah al-Talaq.

Surah al-Nisa’ ini seperti juga surah-surah

Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci

mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur

kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin

iaitu tanggungjawab, hukum-hukum syariah,

menceritakan mengenai asas-asas penting yang

bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga,

keluarga, negara dan masyarakat.

UMUM 
BAHASA MELAYU BAKU ASAS PEMBINAAN TAMADUN BAHASAKonsep
ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)Angkatan Sasterawan 50 - Persatuan penulis.SASTERAKegiatan
12345678910...

Kembali ke atas