Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.li] | اصلي

Definisi : 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ pen­duduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg ber­asal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang; keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.li] | اصلي

Definisi : 1 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: getah ~; emas ~. 2 bukan tiruan atau bukan jiplakan: Inilah karangan ~ pengarangnya, bukan terjemahan drpd karangn lain. keaslian keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asli

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asliasliMuzikTiada

 Lagu dan tarian sinkretik Melayu yang bertempo lambat, bermeter kuadrupel dan berentak lapan bit. Lagu asli mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B, Bahagian A ialah pembayang pantun dan Bahagian B  ialah maksud pantun. Alat muzik termasuk biola, akordian, xebana dan gong. dian, xebana dan gong, Contoh lagu asli ialah Seri Mersing dan Bunga Tanjung. Lagu asli dimainkan dalam persembahan ronggeng dan bangsawan. Asli dikenali juga sebagai sinandung di Sumatera. 

indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang berasal atau asli di sesuatu kawasan.
gas plantloji gasKejuruteraanPetroleumPemasangan untuk memproses gas asli. Komponen-komponen gas asli yang dikehendaki di pisahkan daripada bendasing yang terdapat di dalam gas asli berkenaan sebelum gas asli tersebut dipasarkan kepada para pengguna.
gas processing plantloji pemprosesan gasKejuruteraanPetroleum1. kemudahan yang direka untuk memproses gas asli bagi mendapatkan cecair gas asli. Gas asli yang diproses mungkin sudah atau mungkin belum mengalami pemprosesan di pemisah pajak atau di kemudahan medan. 2. Kemudahan yang direka untuk mengawal mutu gas asli yang akan dipasarkan kepada pengguna.
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliGeografiTiadaTiada
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliKependudukanTiadaTiada
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliPendidikanTiadaTiada
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliPertanianTiadaTiada
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliPerhutananTiadaTiada
indigenousbumiputera; penduduk asli; peribumi; asliSosiologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas