Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ma] | اسما

Definisi : penyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ma] | اسما

Definisi : penyakit dlm dada yg menyebabkan penghidapnya susah bernafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asma Azziz WED 1:06PM Asma Azziz Asma Slm tuan...sy nk bertanya apakah maksud kustodian?Kustodian ialah padanan custodian dalam bidang undang-undang. Dalam ungkapan umum, custodian ditermahkan kepada penjaga.Makna30.03.2016
Saya Asma Yadaro , sedang belajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar, ingin bertanya DBP,apakah maksud pantun budi saya minta contohnya juga ,terima kasih.Pantun budi lazimnya cenderung mengetengahkan tentang budi bahasa. Contoh pantun budi ialah:

Bintang di timur cuacanya baik,
   Cahanyanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
   Itulah budi dikenang orang.


Puan boleh merujuk buku Kurik Kudi Merah Saga, terbitan DBP untuk mendapatkan lebih banyak lagi contoh pantun Melayu.
Sastera06.11.2013
Saya Asma Pangteh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Patani Thailand, ingin bertanya, apakah teknik bermula untuk menulis bahasa Melayu yang baik? Terima Kasih.Pertama sekali puan perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu puan perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, puan perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang puan hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, puan boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain24.10.2013
Asma' Nahar Jul 22nd, 12:14pm Assalamualaikum, saya Asma' Nahar dari USIM, Nilai. pada 27 ogos 2014 ini kami akan mengadakan lawatan ilmiah ke semarang, indonesia. jadi kami memerlukan sedikit dana untuk memudahkan program kami bagi menampung seramai 30 pelajar USIM dan 2 orang guru pengiring. jadi, kami nak tanya samada pihak Tuan ada sediakan saluran bantuan sumbangan untuk program universiti? Di sini saya lampirkan juga kertas kerja untuk program kami. moga ada jawapan dan maklum balas daripada pihak Tuan. Terima kasih. download KERTAS KERJA new MAC.pdfTerima kasih kerana bersahabat dgn DBP. Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Norhasmanalinda bt. Mustapa melalui e-mel hasma@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9483 atau Encik Mohd Rusdi Mat Rakib melalui e-mel mohd_rusdi@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9486. Moga maklumat ini membantu. Sekian.Lain-lain22.07.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

- Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin).
- Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung
- Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan.

Makna17.05.2017
Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih?Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah).Ejaan23.09.2011
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasihPendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan.Tatabahasa24.07.2011
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023

Kembali ke atas