Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ma.ra] | اسمارا

Definisi : cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan; berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang mabuk ~; 2. ber­cumbu-cumbuan; keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ma.ra] | اسمارا

Definisi : cinta kasih; berahi: mabuk ~. berasmara bercinta-cintaan; berkasih-kasihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asmara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
courtly loveasmara istanaKesusasteraanTiadaFalsafah cinta dan tatacara percintaan yang tinggi di Zaman Pertengahan bermula di Perancis dan kemudiannya berkembang di tempat-tempat lain terutama di England.
courtly loveasmara istanaKesusasteraanTiadaTiada
CupidKupidKesenianTiadaDewa asmara mitologi Yunani yang digambarkan dalam bentuk bayi lelaki bersayap dan memegang panah.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.

Kembali ke atas