Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ta] | استا

Definisi : (Sanskrit) lapan (dlm kata majmuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah swasta merupakan kata terbitan daripada imbuhan pinjaman swa dan perkataan 'asta'?Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu.Penyelidikan14.05.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih.1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = DasaTatabahasa13.07.2016
Salam. Selain "eka-", "dwi-" dan "tri-", adakah terdapat awalan lain bagi menandakan jumlah sesuatu? Terima kasih.

Awalan yang lazim digunakan ialah Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga,

 

Namun terdapat juga awalan lain yang menunjukkan jumlah contohnya Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa

Istilah29.04.2023
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017

Kembali ke atas