Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ta.tin] | استاتين

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg radioaktif dlm siri halogen yg wujud secara semula jadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astatin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTATIN

Astatin ialah unsur kimia dalam anggota famili

halogan yang paling berat. Unsur ini sangat tidak

stabil dan kesemua isotopnya sebanyak 130 itu

mengalami penguraian radioaktif. Isotopnya

yang paling stabil mempunyai separuh hayat

lapan jam dan berat atomnya 210. Formula kimia

Astatin, At dan nombor atomnya 85. Sifat

kimianya menyerupai sifat iodin. Tetapi astatin

lebih mudah kehilangan elektronnya dalam

tindak balas kimia daripada iodin kehilangan

elektronnya. Astatin juga kurang mungkin

mendapat elektron daripada iodin (lihat Iodin ).

UMUM 

Kembali ke atas