Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
blinde[blin.dE]kata namakayu atau batu berbentuk empat segi bujur yang diletakkan di atas kubur.Ari Jemaak ni kito boh blinde kubo mok mung.[A.Äi dZ«.mA.A)/ ni ki.t boh blin.dE k:u.bo m/ muN]Hari Jumaat ni kita bubuh belindan atas kubur emak kamu.
srongeh[sč.NEh]kata adjektifberkenaan gigi atas yang kedudukannya tidak teratur dan menonjol keluar, jongang.Budok tu kalu suko gak, napok gigi srongeh.[bu.d/ tu kA.lu su.k gA/ nA.p/ gi.gi sč.NEh]Budak tu kalau ketawa nampak giginya yang jongang.
jinjeng[dZ:in.dZeN]kata kerjaberdiri di atas jari kaki.Budok tu jale jinjeng, pasa tumik kaki diyo sakek.[bu.d/ tu dZ:A.lE dZ:in.dZeN pA.sA tu.mi/ kA.ki di.j sA.ke/]Budak tu berjalan dengan jari kakinya kerana tumitnya sakit.
nutok[n:u.to/]kata kerjamembubuh lilin di atas kain sebelum dicorakkan warna.Buwak nutok ni kalu ore tok panda tok jadi.[bu.wA/ n:u.to/ ni kA.lu .ÄE t/ pAn.dA t/ dZ:A.di]Bubuh lilin pada kain ni kalau orang tak biasa tak jadi.
renggeh[ÄEN.gEh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti buah di atas pokok yang tinggal sedikit sahaja.Buwoh mokte tu renggeh doh nyo pelah budok.[bu.wh m/.tE tu ÄEN.gEh dh ø p«.lAh b:u.d/]Buah rambutan tu sudah tinggal sedikit kerana dicuri oleh budak-budak.
gong I[goN]kata namatanah tinggi.Jange dok maeng gak atah gong tebaka tu.[dZA.NE do/ m:AeN gA/ A.tAh goN t«.bA.kA tu]Janganlah bermain di atas tanah tinggi tempat tanaman tembakau tu.
trembe[tÄEm.bE]kata kerjatergantung (barang-barang yang dimasukkan ke dalam plastik).Gapo gak trembe atah basika tu.[g:A.p gA/ tÄEm.bE A.tAh bA.si.kA tu]Apa yang tergantung di atas basikal tu.
   2. hinggap.Burong le tu jak atah pokok, bokte nok ita aye.[bu.ÄoN l:E tu dZ:A)/ A.tAh p.k/ b/.tE n/ i.tA A.jE]Burung helang tu hinggap di atas pokok kerana nak intai ayam.
acok[A.tS/]kata namasejenis alat untuk menjemur sesuatu seperti ikan, tembakau, kerepek dan lain-lain.Jemo ike tu atah acok.[dZ«.m i.kE tu A.tAh A.tS/]Jemur ikan tu di atas acak.
kekkong[kE/.kN]kata kerjamembawa sesuatu di belakang badan.Adek suko sangak naek kekkong abe long.[A.de/ su.k sA.NA/ nA.e/ kE/.kN A.bE loN]Adik suka sangat naik atas belakang badan abang long.
123

Kembali ke atas