Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ampo[Am.p]kata namapermaidani; ampa.Tido atas ampo tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.poA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
ampa[Am.pA]kata namapermaidani; ampo.Tido atas ampa tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.pA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
meloho[m«.lo.ho]kata kerjaduduk-duduk bersantai.Marilah kita meloho-loho atas lantai, besembang.[mA.Äi.lAh ki.t« m«.lo.ho.lo.ho A.tAs lAn.tAjMarilah kita duduk-duduk di atas lantai sambil bersembang.
telepek[t«.le.pe/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang jatuh seolah-olah diletak.Beg duetnye telepek atas padang.[be/ du.wet.ø« t«.le.pe/ A.tAs pA.dAN]Beg duitnya jatuh terletak di atas padang.
seligan-ligan[s«.li.gAn.li.gAn]kata tugaskesemuanya.Seligan-ligan makanan atas meja abes dimakan.[s«.li.gAn.li.gAn mA.kA.nAn A.tAs me.dZA A.bes di.mA.kAn]Semua makanan di atas meja habis dimakannya.
melono[m«.lo.no]kata adjektifberkenaan tempat yang berselerak dengan kotoran yang basah.Melono taek ayam atas lantai.[m«.lo.no tA.e/ A.jAm A.tAs lAn.tAj]Berselerak nampak tahi ayam atas lantai.
lece[l«.tS«]kata namatilam kekabu; bok.Sejuk-sejuk macam ni sedap tido atas lece.[s«.dZu/.s«.dZu/ mA.tSAm ni s«.dAp ti.do A.tAs l«.tS«]Sejuk-sejuk begini, sedap tidur di atas tilam kekabu.
tesoleng[t«.so.leN]kata kerjajatuh tergolek ke bawah.Si Atan tesoleng bile belari atas ceron.[si A.tAn t«.so.leN bi.l« b«.lA.Äi A.tAsSi Atan jatuh tergolek apabila ia berlari di atas tanah yang cerun.
amben[Am.ben]kata namasejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben.Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai.[mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj]Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai.
kangkang kiyap II[kAN.kAN ki.jAp] cara duduk yang tidak sopan (khusus perempuan).Tak elok anak dare dudok kangkang kiyap atas tangge.[tA/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« du.do/ kAN.kAN ki.jAp A.tAs tAŋ.g«]Tidak elok anak dara duduk kurang sopan di atas tangga.
12

Kembali ke atas