Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
had atasupper limitNilai terbesar bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 39 merupakan had atas.Menengah Atas
sempadan atasupper boundaryNilai purata bagi had atas sesuatu kelas dengan had bawah kelas berikutnya.Menengah Atas
pengangkanumeratorNombor atau sebutan yang terletak di bahagian atas pecahan.Menengah Atas
pelanplanLakaran sesuatu objek yang terletak pada satah mengufuk dan dipandang dari atas.Menengah Atas
kuartil atasupper quartileLihat kuartil ketiga.Menengah Atas
sempadan bawahlower boundaryNilai purata bagi had bawah sesuatu kelas dengan had atas kelas sebelumnya.Menengah Atas
pepenjuru utamamain diagonalPepenjuru dalam matriks segi empat sama yang bermula pada sudut kiri sebelah atas hingga ke sudut kanan sebelah bawah matriks.Menengah Atas
dikuasakanraised to a powerPerihal nombor didarabkan dengan dirinya sendiri mengikut bilangan yang tercatat di sudut kanan atas nombor tersebut. Contohnya, 2 dikuasakan 3 ditulis sebagai 2³ = 2 × 2 × 2 = 8.Menengah Atas
kesudahan yang mungkinpossible outcomeHasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas.Menengah Atas
piramid tegakright pyramidPiramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajahMenengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas