Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis?1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan"

2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut."
Lain-lain21.08.2021
"Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan ke atas perkara ini amatlah kami hargai." Adakah ayat di atas gramatis?Cadangan padanan jawapan ialah "Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini, amatlah kami hargai."Lain-lain28.07.2022
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas?Salam sejahtera,

Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih.Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.Lain-lain09.10.2018
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan."Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." Tatabahasa29.01.2023
Mohon cadangan ayat mana yang sesuai untuk digunakan sebagai pembuka bagi surat rasmi "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk" atau " Merujuk kepada perkara di atas/Perkara di atas adalah dirujuk" Ini kerana jabatan Kerajaan lazimnya menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya" sebagai pemula surat.

Ayat yang sesuai digunakan ialah “Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.”

Tatabahasa20.02.2023
Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja?

Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263.

Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. 

Tatabahasa24.05.2023
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'?Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. Tatabahasa02.11.2021
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatanTerima kasih atas peringatan.Lain-lain09.03.2023
Merujuk kepada perkara di atas atau merujuk perkara di atas?Frasa yang betul ialah "merujuk perkara di atas".Tatabahasa11.03.2021
12345678910...

Kembali ke atas