Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
imej nyatareal imageImej yang boleh terbentuk di atas skrin.Menengah Atas
tujah ke atasupthrustDaya ke atas yang dikenakan terhadap jasad yang terendam di dalam bendalir. Nilai daya tersebut adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan.Menengah Atas
imej mayavirtual imageImej yang tidak boleh terbentuk di atas skrin.Menengah Atas
menopausmenopauseKeadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas.Menengah Atas
gravitigravityFenomena daya yang bertindak ke atas jasad ke arah pusat bumi.Menengah Atas
daya angkatlift forceDaya tujah ke atas disebabkan oleh perbezaan tekanan udara.Menengah Atas
sistem hidraulikhydraulic systemSuatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat RajahMenengah Atas
beratweightDaya yang bertindak ke atas jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton (N).Menengah Atas
medan gravitigravitational fieldKawasan yang mana daya tarikan bumi ke atas jasad boleh dikesan.Menengah Atas
kelenjar adrenaladrenal glandKelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas