Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jolak[dZ.lA/]kata kerjaampu dan tolak ke atas.Tolong jolakan den naek kateh dahan.[t.lN dZ.lA/.An dEn nAE/ kA.tEh dA.hAn]Tolong ampu dan tolak saya ke atas dahan.
dionyok[di..ø/]kata kerjameletakkan sesuatu dengan kasar.Sobab marah dionyoke guni boreh tu ateh pangkin.[s.bAb mA.ÄAh di..ø/.E gu.ni b.ÄEh tu A.tEh pAN.kEn]Diletakkannya dengan kasar beras itu di atas pangkin.
bake[bA.ke]kata adjektifberkenaan makanan, tanah yang keras pada bahagian atas.Wajik tu kalau tolobeh gulo bake jadie.[wA.ji/ tu kA.lAw t.l.beh gu.lo bA.ke dZA.di.E]Wajik itu kalau terlebih gula, bake jadinya.
mompulun[mm.pu.lun]kata kerjajatuh.Lopeh kono songek tobuan yo, mompulun kero tu dari ateh pokok.[l.pEh k.n s.NE/ t.buAn j mm.pu.lun k«.č tu dA.Äi A.tEh p.k/]Lepas kena sengat tebuan, jatuh kera itu dari atas pokok.

Kembali ke atas