Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
oleh pengguna hasad. ancaman aktif (Ig. active threat) Ancaman yang dilakukan oleh pengguna hasad dengan mengubah suai, menafi khidmat atau mendedahkan data rahsia. ancaman keselamatan (Ig. security threat) Ancaman ke atas aset komputer atau ICT yang boleh menyebabkan aset ini diubah suai, dinafikan khidmatnya atau maklumat rahsianya terbongkar kepada entiti yang tidak berkuat kuasa. Contohnya, nafi khidmat, pengubahsuaian yang tidak sah dan pembongkaran maklumat rahsia. ancaman luaran (Ig. external threat) Sebarang bentuk ancaman yang bukan berpunca daripada sumber atau sistem dalaman. Contohnya, serangan oleh penggodam ke atas pelayan web melalui Internet. ancaman pasif (Ig. passive threat; Br. ancaman pasif; Id. ancaman pasif) Ancaman yang dilakukan terhadap pemilik data, iaitu pengguna hasad menggugut untuk mendedahkan kandungan data yang

Kembali ke atas