Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh.Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belayar atas angin.Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus.Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jatuh di atas tilam.Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan.Jangan mengharapkan sangat sesuatu yang susah diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti di atas titian.Dalam kebimbangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyurat di atas air.Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menulis di atas air.Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas