Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kilowatt-jamkilowatt-hourUnit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam.Menengah Atas
molarmolarKepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
muatan habaheat capacityJumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak 1 kelvin.Menengah Atas
bateri alkalialkaline batterySel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V.Menengah Atas
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
alkilalkylKumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1.Menengah Atas
bisepsbicepsOtot rangka pada bahagian atas lengan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
sistem hidraulikhydraulic systemSuatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
ventralventral1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas