Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® atlet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atlit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Jika dirujuk khidmat nasihat tentang ejaan atlet dan atlit, dikatakan bahawa ejaan atlet ialah ejaan yang tepat. Namun demikian, mengapakah ejaan atlit masih terakam di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 88) ? Benar ada anak panah yang mengkehendaki pembaca untuk merujuk atlet (atlit->atlet) di dalam kamus tetapi hal ini telah mengelirukan pembaca kerana selagi entri atlit wujud di dalam kamus, maka masyarakat beranggapan bahawa atlit ialah ejaan yang sah. Sekiranya atlit ialah ejaan yang salah, ada baiknya dipadam sahaja daripada Kamus Dewan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Walau bagaimanapun, kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh tuan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ejaan11.12.2019
Ejaan 'atlit' yang diguna sejak menuntut di U hingga kini saya menggunakan ejaan tersebut. Pertamanya sebutan adalah bersamaan dan kamus terdahulu meletakkan 'atlit'. Persoalan saya ejaan 'atlet' bersandarkan penggunaan sebutan 'e' taling atau 'e' pepet adalah tidak betul. Penulisan saya dalam semua buku, jurnal, tesis, memorandum dan nota jemaah menteri mengngunakan ejaan 'atlit'. Mohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete.Tatabahasa02.10.2014
1. Saya ingin bertanya, ejaan yang betul bagi perkataan atlet. Adakah atlet atau atlit? 2. Sekiranya ejaan yang betul adalah atlet, mengapa ada penceramah dari satu bengkel yang saya hadiri mengatakan ejaan yang betul adalah atlit? malahan penceramah itu mengatakan dia pakar bahasa/majornya penulisan bahasa/sastera melayu? Dan perkara itu dimaklumkan kepada kesemua peserta bengkel itu yang ramainya terdiri dari semua IPTA? mohon pandangan dan ulasan dari pihak DBP?

Ejaan yang betul ialah atlet. Dalam kaedah penulisan kata serapan daripada bahasa Inggeris, bentuk visual diutamakan. Oleh itu, bentuk e tetap jadi e , contohnya: athlete (BI) = atlet (BM), decription (BI) = deskripsi (BM).

Ejaan13.05.2011
Mana perkataan betul ' atlit ' atau ' atlet '?Yang betul ialah atlet.Lain-lain21.09.2006
Zalina Taib Jun 10th, 7:20pm atlit atau atletEjaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete.Ejaan10.06.2015
Betulkah penggunaan peribahasa di bawah? 1. Setiap atlit yang mengambil bahagian telah berlari"menjangkau sehabis tangan" untuk memperoleh kemenangan. Betulkah penggunaan ayat di bawah? 1. Temasya sukan ini merupakan antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai slogan "1 murid 1 sukan" yang telah diuar-uarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia.Mohon beri penjelasan.Selamat pagi:

1. Menjangkau sehabis tangan menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. Oleh itu, ayat tersebut boleh digunakan
2. Ayat kedua betul tetapi perlu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.10.2016
Saya merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, perkataan atlet mempunyai penjelasan manakala perkataan atlit mempunyai anak panah yang merujuk kepada perkataan atlet. Ejaan yang manakah yang harus digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi?

Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Oleh itu, ejaan yang betul ialah atlet.

Ejaan23.08.2011
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini?Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan.Lain-lain29.11.2009
saya nak tahu analisis kesalahan tatabahasa bagi perkataan 1.'mee' 2. ' was-was' 3.'kerinting' 4.'atlit'Ejaan yang betul ialah mi, waswas, keriting, dan atlet.Ejaan17.03.2008
1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih.

1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 

2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 

3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. 

Tatabahasa28.09.2009
12

Kembali ke atas