Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[at.ma] | اتما

Definisi : jiwa, nyawa; ~ juita sl kata cumbuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, institusi akademik bertaraf fakulti yang mempunyai kedudukan dan struktur ilmiah yang tersendiri dalam universiti. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dahulunya dikenal sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, ditubuhkan secara rasminya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Disember 1972. Penubuhannya ada disebut dalam buku Rancangan Malaysia Kedua.

BAHASAInstitusi/Organisasi
USMAN AWANG, Dato'

USMAN AWANG, Dato’ (1929 -     ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga.  Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.  Nama penuhnya ialah Usman bin Awang.  Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant.  Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini.  Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas