Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[at.mo.sfé.ra] | اتموسفيرا

Definisi : (atmosféra) lapisan udara yg me­ling­kungi bumi (yg terdiri drpd bahan-bahan gas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[at.mo.sfé.ra] | اتموسفيرا

Definisi : /atmosféra/ ist 1 lapisan udara (terdiri drpd campuran berbagai-bagai gas spt nitrogen, oksigen, argon, karbon dioksida) yg menyelubungi bumi. 2 satuan tekanan yg besarnya 14.70 paun/inci persegi (+1.033 kilogram/sentimeter persegi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atmosfera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATMOSFERA

Atmosfera ialah udara yang menyelubungi bumi.

Ahli sains membahagikannya kepada empat

lapisan: troposfera , stratosfera , mesosfera , dan

termosfera . Lihat juga Bumi (Atmosfera bumi;

Perkembangan awal bumi; Mesosfera; Planet

(Atmosfera); Stratosfera; Termosfera; Troposfera;

Udara.

UMUM 
METEOROLOGI

Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera

bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang

mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi

mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara

dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga

mengukur bahan kimia di atmosfera seperti

karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi

iklim. Dengan menganalisis data tentang

atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal

keadaan cuaca.

UMUM 
TEKANAN ATMOSFERA

Tekanan atmosfera lihat Tekanan.

UMUM 
OZON

Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam

atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon

yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor

utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan

di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam

atmosfera bawah menyumbang kepada

pencemaran udara. Ozon digunakan secara

komersial dalam proses penyulingan air dan

sebagai agen peluntur.

UMUM 
TERMOSFERA

Termosfera ialah lapisan paling atas di

atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih

kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480

kilometer di ruang angkasa. Termosfera

mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang

terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan

atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali

lebih rendah daripada tekanan di aras laut.

Termosfera terdedah sepenuhnya kepada

sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan

atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang

tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada

–93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi

1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas

termosfera.

UMUM 
STRATOSFERA

Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia

terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera

yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula

lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi

di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di

kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang

dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian

lebih kurang 48 kilometer.

UMUM 
MESOSFERA

Mesosfera ialah lapisan dalam atmosfera bumi.

Lapisan ini terletak di antara stratosfera dengan

termosfera, iaitu lapisan paling atas atmosfera.

Mesosfera bermula pada latitud kira-kira 45

kilometer dan menegak sehingga 100 kilometer.

UMUM 
KARBON DIOKSIDA

Karbon dioksida ialah gas yang tidak berwarna

dan tidak berbau. Ia wujud dalam atmosfera

banyak planet termasuk atmosfera bumi.

UMUM 
NEON

Neon ialah unsur kimia yang membentuk kira-kira

satu bahagian per 65 000 dalam atmosfera bumi.

Ahli kimia British, Sir William Ramsay dan Morris

Travers menemuinya dalam atmosfera ketika

mereka mengkaji udara pada tahun 1898. Ramsay

meramalkan kewujudan gas ini setahun

sebelumnya. Ramsay dan Travers lebih awal

menamakan gas ini neon , sempena perkataan

Yunani yang bermakna baru.

UMUM 
UDARAUdara atau atmosfera adalah terdiri daripada campuran gas yang mengelilingi bumi.KIMIAProses/Tindak Balas
12345

Kembali ke atas