Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[at.mo.sfé.ra] | اتموسفيرا

Definisi : (atmosféra) lapisan udara yg me­ling­kungi bumi (yg terdiri drpd bahan-bahan gas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[at.mo.sfé.ra] | اتموسفيرا

Definisi : /atmosféra/ ist 1 lapisan udara (terdiri drpd campuran berbagai-bagai gas spt nitrogen, oksigen, argon, karbon dioksida) yg menyelubungi bumi. 2 satuan tekanan yg besarnya 14.70 paun/inci persegi (+1.033 kilogram/sentimeter persegi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atmosfera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homospherehomosferaSainsHidrometeorologiBahagian bawah atmosfera yang terbahagi dua mengikut kehomogenan komposisi umum atmosfera. Homosfera merupakan kawasan di dalamnya tiada perubahan jumlah dalam komposisi atmosfera, iaitu, keseluruhan atmosfera dari permukaan bumi kira-kira 80 atau 100 km. Homosfera agak setara dengan neutrosfera, dan termasuk troposfera, stratosfera dan mesosfera dan juga ozonosfera serta sekurang-kurangnya sebahagain kemosfera.
homogeneous atmosphereatmosfera homogenSainsHidrometeorologi1. Atmosfera hipotetis yang di dalamnya ketumpatan adalah malar mengikut ketinggian. Kadar tukaran suhu di dalam atmosfera seperti ini dikenali sebagai kadar tukaran autoolakan dan sama dengan g/R (atau hampir 3.4� C/100 m); g ialah pecutan graviti dan R malar gas untuk udara. Atmosfera homogen mempunyai jumlah ketebalan terhingga yang sama dengan RdTv/ g; Rd ialah pemalar gas bagi udara kering dan RdTv suhu maya (K) pada permukaan. Bagi suhu permukaan 273K, ketebalan menegak atmosfera homogen adalah kira-kira 8000 m. Pada bahagian atas atmosfera seperti ini, kedua-dua tekanan dan suhu mutlak hilang. 2. Lihat atmosfera adiabatik.
atmospheric shellpetala atmosferaSainsHidrometeorologiSalah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sinaran atmosfera; ionosfera yang bermula kira-kira 70 atau 80 km ialah kawasan yang dalamnya pengionan satu atau lebih juzuk adalah bererti; neutrosfera ialah petala di bawah aras ini yang sebaliknya, kurang diionkan; dan kemosfera yang tiada had ketinggian nyata ialah kawasan yang di dalamnya tindak balas fotokimia berlaku. Proses dinamik dan kinetik merupakan kriteria ketiga. Eksosfera ialah kawasan di puncak atmosfera, atas dari aras lepas genting, yang di dalamnya zarah atmosfera boleh bergerak di orbit bebas, tertakluk hanya pada graviti bumi. Komposisi merupakan kriteria keempat. Homosfera ialah petala yang di dalamnya terdapat begitu sedikit perceraian foto atau pemisahan graviti sehingga berat min molekul atmosfera hampir tetap; heterosfera ialah kawasan atas dari aras ini, yang komposisi atmosfera dan berat min molekulnya tidak tetap. Batas antara kedua-dua ini mungkin terdapat di aras oksigen molekul mula diceraikan, dalam lingkungan 80 � 90 km. Istilah mesosfera telah diberi takrif yang tidak memenuhi sebarang set kriteria yang logik, iaitu petala antara eksosfera dan ionosfera. Kegunaan perkataan mesosfera tidak diterima secara meluas. Istilah ini juga dikenali sebagai lapisan atmosfera atau wilayah atmosfera.
isothermal atmosphereatmosfera isotermaSainsHidrometeorologiAtmosfera yang beada dalam keseimbangan hidrostatik yang suhunya tetap mengikut ketinggian dan oleh yang demikian tekanannya berkurangan ke atas pada kadar eksponen. Dalam atmosfera yang sedemikian, ketebalan antara dua aras dihuraikan dengan; zB � zA = RdTv PA g In pB' dengan Rd ialah pemalar gas bagi udara kering; Tv ialah suhu maya (K); g ialah pecutan graviti; dan PA dan PB ialah tekanan pada ketinggian zA dan zB masing-masing. Dalam atmosfera isoterma, tidak terdapat satu aras terhingga yang padanya tekanan lenyap. Istilah ini juga disebut atmosfera eksponen.
standard atmosphereatmosfera piawaiSainsHidrometeorologi1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�.
adiabatic atmosphereatmosfera adiabatikSainsHidrometeorologiAtmosfera model yang dicirikan oleh kadar tukaran adiabatik kering pada keseluruhan tegakannya. Tekanan dalam atmosfera adiabatik berkurangan mengikut ketinggian seperti yang berikut: dengan p0 dan To ialah tekanan dan suku (K) masing-masing pada aras laut, z ketinggian geometri; Rd pemalar gas bagi udara kering; cpd haba spesifik udara kering pada tekanan malar; dan g pecutan graviti.
atmospheric turbiditykekeruhan atmosferaKejuruteraanTiadaKeadaan atmosfera yang berhabuk yang mengurangkan jumlah sinaran suria sampai ke permukaan bumi dan menyebabkan atmosfera bawah menjadi dingin.
baroclinic atmosphereatmosfera baroklinikGeologiTiadaKeadaan atmosfera di mana permukaan-permukaan ketumpatan seragam menyilangi permukaan-permukaan tekanan seragam dan akan menunjukkan ketakstabilan atmosfera seperti di zon-zon perenggan.
dry airudara keringSainsHidrometeorologi1. Dalam kimia atmosfera dan termodinamik atmosfera, udara yang tidak mengandungi wap air. 2. Umumnya, udara dengan nilai kelembapan bandingan yang rendah.
superstandard refractionpembiasan adipiawaiMeteorologiMeteorologi PerhubunganPembiasan oleh atmosfera atau sebahagian atmosfera yang indeks biasanya mengurang mengikut ketinggian pada kadar lebih daripada 12 unit-N per 1000 kaki. Lihat perambatan adipiawai.
12345678910...

Kembali ke atas