Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atom 1


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
atomatomZarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
atomatomZarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
unit jisim atom (u.j.a)atomic mass unit (a.m.u)Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan 112 jisim atom karbon-12.Menengah Atas
neutralneutral1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7.Menengah Rendah
spektrometer jisimmass spectrometerAlat untuk menentukan jisim atom relatif sesuatu atom unsur. Dalam spektrometer jisim, suatu campuran ion positif bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet, yang akan memesongkan ion positif tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
nukleusnucleus1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron.Menengah Rendah
alkilalkylKumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1.Menengah Atas
jisim molekul relatifrelative molecular massJisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan 112 jisim satu atom karbon-12.Menengah Atas
susunan zaraharrangement of particlesKedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
hablurcrystalBahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas