Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atom 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
konfigurasiist 1 susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang. 2 cara atau kaedah perkakasan dan perisian komputer dihubungkan, dan dpt berfungsi bersama dlm sistem komputer. ~ elektron susunan elektron di dlm atom. ~ mutlak gambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusun di dlm ruang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemprograman1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan.Kamus Dewan Edisi Keempat
atom1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat dlm sesuatu per­ubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom; zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp (dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa); ikat ping­gang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen yg tidak perlu diisi dakwat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikatan1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, per­kumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
jejari1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan; ~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; b) jarak yg me­rupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya di­panggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan ber­saiz tertentu).Kamus Dewan Edisi Keempat
atom1. Unsur paling asas bagi sebarang struktur data. Unsur ini boleh berbentuk rekod yang mempunyai satu data medan atau lebih. 2. Unsur paling asas atau terkecil yang membentuk butiran dalam senarai. Misalnya, dalam senarai [komputer, pencetak, tetikus], butiran 'komputer', 'pencetak' dan 'tetikus' merupakan atom.Kamus Komputer
nukleus/nukléus/ ist 1 lembaga yg di tengah-tengah sesuatu sel hidup. 2 bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron. ~ atom ist pusat sesuatu atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron, kecuali pd hidrogen yg hanya mempunyai satu proton.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nombortanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
nukleus(nukléus) 1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok, sari; ~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton).Kamus Dewan Edisi Keempat
monoatomist 1 mempunyai atau terdiri drpd satu atom. 2 mempunyai satu atom atau radikal yg boleh digantikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas