Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atom 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrogen atomatom hidrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dengan nombor atom 1, berat atom 1.008, simbol atom H.
hydrogenhidrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol H, nombor atom 1, berat atom 1.008, nombor pengoksidaan +1 dan –1, takat beku –259oC, takat didih –252oC, wujud sebagai gas dwiatom yang tidak berwarna, tidak berbau, ringan dan mudah terbakar. hidrogen terdapat dalam tiga bentuk isotop yang stabil, iaitu H-1 (protium), H-2 (deuterium) dan H-3 (tritium). Sebahagian besar hidrogen berpadu dengan unsur lain, seperti oksigen untuk membentuk H2O dan H2O2. Hidrogen disediakan secara tindak balas stim dengan gas asli, secara penceraian ammonia, atau secara elektrolisis air. Hidrogen digunakan sebagai agen penurunan dan bahan api, dan untuk menghasilkan ammonia, anilina dan metanol.
heavy hydrogenhidrogen beratKimiaTiadaIsotop hidrogen, simbol D, nombor atom 1, berat atom 2.014. Nama lain ialah deuterium.
deuteriumdeuteriumKimiaTiadaIsotop unsur hidrogen, simbol D atau 2H, nombor atom 1, berat atom 2.014.
deuteriumdeuteriumKejuruteraanTiadaIsotop unsur hidrogen, simbol D atau 2H, nombor atom 1, berat atom 2.014.
deuteriumdeuteriumKimiaTiadaIsotop unsur hidrogen, simbol D atau ²₁H, nombor atom 1, berat atom 2.014, dan mempunyai satu proton dan satu neutron di dalam nukleus atomnya. Deuterium wujud semula jadi bersama-sama isotop hidrogen yang lain pada kadaran 0.0165%. Isotop ini diperoleh secara elektrolisis air. Ciri-ciri kimianya hampir serupa dengan siotop hidrogen biasa. Deuterium digunakan sebagai penyurih dalam penyelidikan tindak balas kimia. Deuterium juga dikenali sebagai hidrogen berat.
tritiumtritiumKimiaTiadaIsotop unsur hidrogen, simbol T atau H-3, nombor atom 1, berat atom 3.016 dan mempunyai satu proton dan dua neutron di dalam nukleus atomnya, radioaktif, dan diperoleh daripada pembedilan litium-6 dengan neutron bertenaga rendah. Isotop ini mengalami reputan dengan memancarkan sinaran beta bertenaga rendah lalu membentuk helium-3. Setengah hayat tritium ialah 12.5 tahun. Tritium digunakan sebagai penyurih radioaktif dalam penyelidikan tindak balas kimia.
atomic mass unitunit jisim atomKimiaTiadaUnit jisim yang bersamaan dengan 1/12 jisim satu atom karbon-12. Unit jisim atom, singkatannya u.j.a., digunakan untuk menyatakan jisim satu atom. 1 u.j.a = 1.66 x 10‑27 kg.
interstitialruang antaraKimiaTiada1. Berkaitan dengan ruang yang terbentuk di antara atom-atom di dalam kekisi hablur. Dalam keadaan yang sesuai, atom-atom kecil boleh menduduki ruang-ruang ini tanpa menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur seperti dalam borida, nitrida dan karbida logam peralihan. 2. Berkaitan dengan atom bahan cemar yang menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur. Misalnya, atom karbon atau nitrogen dalam hablur besi.
moleculesmolekulFizikNanoteknologiGabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens.
12345678910...

Kembali ke atas