Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur III;

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interpreterpentafsirTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang melaksanakan perintah dalam bahasa pengaturcaraan. Atur cara ini boleh melakukan tugas seperti yang berikut: i. Melaksanakan kod sumber secara langsung. Contohnya, bahasa pengaturcaraan BASIC. ii. Menterjemahkan kod sumber kepada perwakilan perantara yang berkesan dan seterusnya melaksanakan kod tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Perl, Python, MATLAB dan Ruby. iii. Menjalankan kod yang terkompil yang terhasil daripada proses pengkompilan. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java. Pentafsir berbeza dengan pengkompil yang biasanya digunakan oleh bahasa pengaturcaraan seperti Java dan C. Lihat juga pengkompil.
application serverpelayan aplikasiTeknologi MaklumatPerisianPelayan yang menjadi hos antara muka atur cara aplikasi (API), dalam seni bina n-tier bagi mendedahkan logik perniagaan dan proses perniagaan aplikasi tersebut bagi kegunaan aplikasi lain. Pelayan aplikasi juga merujuk kepada: i. Perkhidmatan yang disediakan oleh pelayan. ii. Perkakasan yang diperlukan bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan. iii. Kerangka perisian yang digunakan untuk menjadi hos kepada perkhidmatan yang disediakan seperti Jboss dan Oracle Application Server.
corporate strategic planningperancangan strategik korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat.

user documentationdokumentasi penggunaTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi yang memberi penerangan mengenai setiap ciri dan tujuan setiap fungsi atau atur cara dalam perisian yang dibekalkan. Dokumentasi ini dapat membantu pengguna memahami cara untuk menggunakan perisian yang disertakan dengan lebih sempurna dan berkesan. Terdapat juga dokumentasi pengguna yang memberi maklumat cara menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kesalahan atau ketidakfungsian perisian yang digunakan. Dokumentasi ini biasanya disusun dengan sempurna mengikut indeks yang diberi agar pengguna dapat merujuk sebarang maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Beberapa pendekatan yang kerap digunakan dalam penyediaan dokumentasi ini adalah seperti yang berikut: i) Pendekatan tutorial, iaitu pendekatan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas. ii) Pendekatan bertema, iaitu pendekatan bahagian demi bahagian untuk sesuatu topik yang berkaitan. iii) Pendekatan rujukan atau indeks yang mengandungi perintah atau tugas yang disusun mengikut abjad. Penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan termasuk dalam dokumentasi pengguna ini.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan utama, storan utama, storan primer dan ingatan primer.

software documentationdokumentasi perisianTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi kod sumber dan teks yang ditulis berserta perisian komputer. Dokumentasi ini menerangkan cara perisian tersebut digunakan. Dokumentasi merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kejuruteraan perisian. Beberapa jenis dokumentasi adalah seperti yang berikut: i) Dokumentasi reka bentuk atau seni bina yang merangkumi gambaran keseluruhan pembangunan perisian, hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian. ii) Dokumentasi teknikal, termasuklah kod dokumentasi, algoritma, antara muka dan antara muka atur cara aplikasi (API). iii) Dokumentasi pengguna akhir, termasuklah penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan. iv) Dokumentasi pemasaran, termasuklah cara untuk memasarkan produk dan analisis bagi permintaan pasaran.

Kembali ke atas