Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penyusunan huruf menjadi per­kataan atau blok perkataan utk tujuan pen­cetakan: pd peringkat ~; mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid; pengatur huruf 1. orang yg kerjanya meng­atur huruf; 2. mesin yg digunakan utk meng­atur huruf: mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penyusunan huruf menjadi perkataan utk tujuan percetakan: Buku itu sekarang dlm peringkat ~. mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan dlm proses percetakan: Manuskrip yg dihantar itu sedang diatur huruf sebelum dpt dicetak. pengatur huruf orang yg kerjanya mengatur huruf dlm sesuatu proses percetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak menerbitkan sebuah majalah sekolah?Harap dapat memberi tunjuk ajar.Terima kasih

Majalah sekolah telah banyak yang diterbitkan. Kaedah penerbitannya sama dengan kaedah penerbitan bahan berkala; penulisan, penyuntingan, atur huruf, dan percetakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lain-lain18.05.2008
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah maksud JKE/JKP/Pembinaan/Tolak-JKE/Tolak-JKP/Pracetak pada status semakan manuskrip. Bolehkah terangkan secara terperinci. Status pada manuskrip saya ialah JKP. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Salam sejahtera,
JKE bermaksud Jawatankuasa Editorial.
JKP bermaksud Jawatankuasa Penerbitan.
Pembinaan bermaksud judul sedang ditulis sehingga siap manuksrip lengkap.
Tolak JKE bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Editorial.
Tolak-JKP bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Penerbitan.
Pracetak bermaksud peringkat atur huruf, reka bentuk dan akhirnya cetak.

Status manuskrip JKP bermaksud manuskrip tuan dalam peringkat diajukan untuk kelulusan JKP.

Terima kasih.
Lain-lain23.03.2012
Terima kasih saudara/saudari pengarang di atas jawapan yang diberikan...tetapi,saya masih menghadapi masalah...Untuk pengetahuan saudara/saudari,saya merupakan ketua pengarang majalah sekolah.tetapi saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab saya..bolehkah saudara/saudari membantu saya?

Tanggungjawab editor majalah sekolah

1. Membuat perancangan penerbitan majalah sekolah

2. Mengenal pasti dan melantik penyumbang karya dalam majalah sekolah

3. Memastikan karya penulis yang telah dilantik itu siap pada tempoh yang ditetapkan

4. Menilai karya penulis, sama ada sesuai atau tidak sesuai untuk diterbitkan.

5. Membuat penyuntingan karya

6. Menguruskan atur huruf majalah

7. Menemui Guru Besar dan Guru Kanan dan berbincang tentang bahan yang akan diterbitkan dalam majalah sekolah

8. Memastikan bahan yang diterbitkan itu tidak bercanggah dengan dasar sekolah, dasar Kementerian Pelajaran, dasar kerajaan, dan undang-undang negara.

Lain-lain01.06.2008
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
1. adakh boleh menggunakan huruf besar bagi semua huruf pertama dalam penulisaan buku atur caraHuruf besar perlu digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya atau pada permulaan kata di pangkal ayat.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa05.09.2022
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil

Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan04.11.2011
Dif-Dif atau Dif-dif (D kedua huruf kecil.) Binti atau bte jika dicetak dalam buku atur cara majlis rasmi kerajaan

Yang betul ialah Dif-dif, huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan yang betul ialah binti.

Ejaan04.11.2011
12

Kembali ke atas