Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audio 1

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
playback rate scale factorfaktor skala kadar main semulaTeknologi MaklumatTiada1. Faktor yang menentukan kadar kelajuan main semula suatu rakaman audio. Audio dimainkan semula pada kadar yang berbeza seperti yang diarahkan oleh aplikasi lain untuk kesan khusus. Sampel rakaman audio tidak diubah tetapi pemacu menyisip dengan melangkau atau mensintesiskan sampel tertentu. Sebagai contoh, sekiranya faktor main semula adalah 1.1, output pemacu ialah jujukan integer 1 iaitu rakaman dimain semula secara normal. Sekiranya faktor main semula ditukar kepada 2 dan dimasukkan pada setiap sampel audio yang ke-10, pemacu akan melangkau setiap sampel audio yang ke-10. Ini menyebabkan rakaman berkenaan dimainkan dengan lebih pantas iaitu 10% lebih laju daripada kadar biasa. 2. Titik pada ketika main semula video tidak lancar dan kelihatan melompat-lompat disebabkan oleh kehilangan kerangka. Ini ditentukan oleh saiz tetingkap pemain semula dan kuasa pemproses.

MP3 (MPEG audio layer 3)MP3 (audio MPEG lapisan 3)Teknologi MaklumatTiadaFormat audio MPEG yang menghasilkan audio berkualiti CD dengan nisbah pemampatan 12:1.
line levelaras talianKejuruteraanTiada1. Aras isyarat pada sesuatu titik di talian penghantaran, biasanya diungkapi dalam unit desibel.,2. Sebarang isyarat audio yang mempunyai keamatan maksimum di antara 1/2 dengan 1 1/2 volt.
audio tape recorderperakam pita audioKomunikasiTiadaAlat yang terdapat di studio radio, televisyen atau filem yang digunakan untuk merakam bunyi dengan menggunakan pita elektromagnet. Alat ini boleh didapati dalam bentuk gulungan dengan ukuran lebar pita 1/8, 1/4, 1/2 atau 1 inci.
tape formatformat pitaKomunikasiTiadaKaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci.
audio dubbinglakaban audioKomunikasiTiada1. Proses mengalihkan bunyi yang telah diterjemahkan dari bahasa yang dituturkan oleh pelakon asal kepada bahasa yang diperlukan untuk tayangan. 2. Proses memasukkan dialog yang sama seperti yang dituturkan oleh pelakon sewaktu di lokasi. Tujuannya ialah untuk mendapatkan hasil dialog yang lebih sempurna dari segi kualiti teknikalnya.
stylusjejarumPendidikanTiada1. Alat berbentuk jarum yang diperbuat daripada berlian atau nilam untuk mengesan isyarat audio dari graf cakera audio biasa.
ARU (audio reaction unit)ARU (unit tindak balas audio)Teknologi MaklumatTiadaPeranti output yang menjana suara sebagai menjawab panggilan telefon. Contohnya, "sila tekan 1 untuk bahasa MelayuĆ ".
line amplifieramplifier talianKejuruteraanTiada1. Amplifier yang membekalkan talian atau sistem penghantaran atur cara dengan isyarat pada aras yang ditentukan.,2. Amplifier, biasanya dikawal secara jauh, yang digunakan pada talian sesalur dalam sistem pengagihan, untuk mempertingkatkan kekuatan isyarat.,3.Amplifier untuk isyarat audio atau video yang menyuapi talian penghantaran.,4. Amplifier audio yang digunakan untuk melakukan prapenguatan isyarat penggera audio sebelum penghantaran isyarat melalui talian penggera.,.
12

Kembali ke atas