Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (awalan yg bererti) sendiri atau automatik: ~fokus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata auto-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Suwaibah Walohtae, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP perkataan "Jannah" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terima kasih.

Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang bermaksud syurga, taman firdaus.

Makna24.09.2014
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "Auto Select"? a) Auto pilih b) Pilih auto Terima kasih.Selamat sejahtera. Perkataan "auto select" tiada dalam data kami. Dicadangkan sebagai "pilih automatik"Istilah21.05.2015
Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan.Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian.  Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM).Tatabahasa19.03.2014
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia?

1.    Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~

2.    Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.06.2008
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui frasa bawah mana satu yang betul: sehubungan itu atau sehubungan dengan itu ? terima kasih
Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.
Tatabahasa24.03.2013
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
Assalammualaikum...saya ingin bertanya, adakah perkataan menyediakan boleh dikategorikan sebagai digraf, atas sebab huruf -ny- yang terdapat dalam perkataan tersebut. Bukankah ny itu tergolong dalam imbuhan?
Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.
Tatabahasa14.03.2014
salam... bolehkah pihak tuan jelaskan perbezaan di antara diftong dan vokal berganding? jika boleh berikan contoh yang sesuaiSalam sejahtera,

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
Tatabahasa07.01.2013
ejaan yang betul untuk autokredit adakah:- 1. autokredit 2. auto kredit 3. auto-kreditautokreditEjaan04.04.2019
Salam. Perlukah tanda sempang (-) digunakan di antara awalan "auto" dan istilah seterusnya? Contohnya "autosimpan" atau "auto-simpan". Terima kasih.Perkataan "auto" ialah awalan asing dan dieja rapat bersambung dengan perkataan selepasnya seperti "autosimpan".Ejaan23.12.2021
12345678910...

Kembali ke atas