Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya memboleh­kan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap peng­gunaan komputer dan ~; mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: bebe­rapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; pengautomasian perihal atau proses meng­automasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas yg menggunakan mesin secara automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai tugas dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau tidak sama sekali memerlukan tenaga manusia: Pd tahun 1980-an, bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~. mengautomasikan menjadikan sesuatu berjalan secara automasi: Kumpulan itu berusaha utk ~ sistem pengeluaran yg ada. pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automasi


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
autoriti perlindungan data; Id. autoritas perlindungan data) Autoriti yang diberikan tanggungjawab untuk menentukan tahap keselamatan data pada paras yang boleh diterima pakai. Autoriti ini diguna pakai dalam mengendalikan sistem maklumat automasi atau rangkaian komputer. autoriti perakuan autoriti perlindungan data Bank Negara Malaysia barang gadaian Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 14 6/6/11 4:01:30 PM 15 autoriti perakuan autoriti juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan

Kembali ke atas