Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wa/] | اوق

Definisi : 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat meneri­manya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wa/] | اوق

Definisi : 1 tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2 bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3 orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1 menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti nama diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2 mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh: ~ menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awak

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satukah ayat yang betul. "Siapa nama awak?" atau "Apa nama awak?"Ayat yang betul ialah siapakah nama awak? ataupun nama awak siapa?Tatabahasa18.08.2010
Hi, kalau nak confess kita kata, "Saya suka akan awak" atau "Saya suka awak"? Suka tu unsur emotif kan?

"Saya suka akan awak." atau "Saya suka awak.", kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Dalam konteks ayat di atas, “suka” merupakan unsur emotif, iaitu sifat yang membangkitkan emosi. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 34 dan 573.

Tatabahasa03.04.2024
Adakah betul penggunaan mengawat (mengirim kawat) seperti ini; Sudahkah awak mengawat bapa awak?

Kami mencadangkan ayat seperti berikut,  “Sudahkah awak mengawatkan berita tersebut kepada bapa awak?” (Kamus Dewan Perdana).

Lain-lain13.10.2022
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul.

Tatabahasa25.02.2011
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017
Salam. Apakah perbezaan antara "janji" dan "asalkan"? Contohnya dalam ayat berikut: Asalkan/Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Perkataan yang manakah lebih sesuai? Mengapa?Janji ialah kata nama, asalkan ialah kata keterangan dan lazimnya hadir pada pertengahan ayat, seperti ... asalkan awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Ayat "Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa15.06.2011
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ke" yang seringkali menjadi pengganti perkataan "kah" seperti contoh: "Ada ke awak pasti" / "Adakah awak pasti". Bolekah ini diterima? Sekian, terima kasih!Untuk makluman, ayat tanya yang betul ialah "Adakah awak pasti?". Manakala, ayat tanya "Ada ke awak pasti?" lazimnya hanya digunakan dalam bahasa lisan.Tatabahasa21.04.2020
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
"Mana ibu awak?" "Di mana ibu awak?" Adakah "di" boleh digugurkan dalam soalan di atas? Adakah ia kesalahan tatabahasa walaupun dalam bahasa percakapan?

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah. Perkataan “di” merupakan kata sendi nama yang menunjukkan tempat. Sekiranya perkataan “di” digugurkan dalam contoh ayat yang diberikan, maka ayat menjadi tidak lengkap dan perlu digantikan dengan perkataan lain. Contohnya, “Manakah ibu awak?” atau “Ibu awak mana?”. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan dalam bahasa percakapan, kerana bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal.

Tatabahasa10.02.2022
ayat manakah yang betul: 1. Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? (Awak hendak meminjam buku cerita atau rujukan?) 2. Kamu hendak meminjam buku atau memulangkan buku? (Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?) 3. Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? (Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan?) sekian, terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?"

2. Ayat yang betul ialah "Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?"

3. Ayat yang betul ialaj "Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?"
Tatabahasa30.06.2013
12345678910...

Kembali ke atas