Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wa/] | اوق

Definisi : 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat meneri­manya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wa/] | اوق

Definisi : 1 tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2 bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3 orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1 menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti nama diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2 mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh: ~ menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awak

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
awak-awakawak-awakKesenianDrama dan Teater1. Pengiring yang berperanan sebagai korus dalam persembahan dikir barat. Lihat jugakorus. 2. Pemuzik dalam ensembel muzik wayang kulit.
awak-awakawak-awakKerisTiadaBahagian mata keris yang terletak di antara bahagian tengah dengan bahagian hujung.
boatmanawak-awakKejuruteraanTiadaTiada
boatmanawak-awakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
boatmanawak-awakPerhutananTiadaTiada
boatmanawak-awakGeografiTiadaTiada
fishing boat crewawak-awakPerikananTiadaTiada
awakawakKerisTiadaLihat kambing kacang.
dikir baratdikir baratKesenianDrama dan TeaterDikir yang disampaikan secara berkumpulan dengan memasukkan elemen muzik, nyanyian dan gerak aksi yang diadun sebagai satu gubahan untuk menyindir secara berjenaka mengenai isu sosial. Seni tradisi ini digemari oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Komposisi ahli kumpulan terdiri daripada pemuzik, awak-awak, juara dan tukang karut.
random chainrantaian awakMatematikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas