Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wal] | اول

Definisi : 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wal] | اول

Definisi : mula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal

Puisi
 

Dari awal sampai ke akhir,
     Limau lelang saya kupaskan;
Singa bersoal garoda berfikir,
     Rimau garang saya lepaskan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
early edition (impression)terbitan awal; edisi awalTiadaterbitan awal; edisi awalPerpustakaan
initial clustergugus awalgugus awalrangkap awal/gugus awalLinguistik
lead predictionramalan awal; perkiraan awalanggar awalanggar awalAeroangkasa
first in first out (FIFO)masuk dulu keluar duluawal masuk awal keluarawal masuk awal keluarTeknologi Maklumat
initialawalawalawalLinguistik
forebathrendaman awalrendaman awalrendaman awalKomunikasi Massa
head initialawal utamaawal utamaawal utamaLinguistik
homeoarctonpersamaan awal/homeoaktonpersamaan awal/homeoaktonpersamaan awal/homeoaktonKesusasteraan
anaphorarima awal, anaforaulang awal/anaforaulang awal/anaforaKesusasteraan
first cutpotongan awalpotongan awalpotongan awalKomunikasi Massa
12345678910...

Kembali ke atas