Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wap air (seakan-akan asap rupanya) yg berkelompok-kelompok melayang di udara; mega: ~-gemawan berbagai-bagai jenis awan. ~ larat a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
convection cloudsawan perolakanGeografiTiadaAwan-awan yang terbentuk bila udara lengas dipanaskan melalui proses konduksi dan akan naik ke udara melalui pemeluwapan. Proses pemeluwapan akan merendahkan suhunya ke bawah nilai takat embun dan membentukkan awan-awan.
cloud-to-cloud dischargeluahan awan-ke-awanSainsHidrometeorologiLuahan kilat yang terjadi antara pusat cas positif sesuatu awan dengan pusat cas negatif awan kedua; luahan antara awan (bukannya intra-awan).
awan laratawan laratKesenianTiadaReka corak ukiran berunsur tumbuhan yang mempunyai peraturan-peraturan dan falsafah khusus yang bentuknya berangkai, bermula dari satu tempat dan berkembang hingga memenuhi ruang seperti awan larat jawa, awan larat boyan, awan selimpat, awan telipuk dan lain-lain. bahan akar
cloud classificationpengelasan awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem yang mengkategorikan awan berdasarkan kriteria seperti bentuk, aras, pembentukan, dan komposisi. Dalam pengelasan yang berdasarkan bentuk, awan digolongkan kepada genus, spesies, varieti, bentuk tambahan dan awan sertaan, dan awan induk. Pengelasan yang berdasarkan aras mengolongkan awan kepada aras tinggi, pertengahan, dan rendah; yang berdasarkan proses pembentukan secara fizikal, awan dikelaskan kepada awan gumpal dan awan lapis; dan yang berdasarkan komposisi, awan dikelaskan kepada awan hablur ais, awan titis air, dan awan campuran.
accessory cloudawan sertaanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan yang menyertai awan lain, umumnya lebih kecil dan terpisah daripada bahagian utamanyua atau kadang-kadang sebahagiannya bercantum dengan awan utama. Awan utama mungkin mempunyai satu atau beberapa awan sertaan seperti pileus (pil, velum (vel), dan/atau panus (pan).
standing cloudawan pegunMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan yang tidak bergerak dan mengekalkan kedudukannya di atas puncak atau rabung gunung. Contoh awan pegun ialah awan panji, awan tudung, awang rabung, atau spesies awan lentikularis.
crepuscular raysinaran krepuskularGeologiTiadaSinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus.
cloud toppuncak awanSainsHidrometeorologiAras tertinggi bagi awan tertentu atau lapisan awan di atmosfera yang padanya awan mengandungi kuantiti zarah awan yang nyata.
cloud attenuationpengecilan awanSainsHidrometeorologiPengecilan sinaran gelombang mikro oleh awan. Bagi jalur kepanjangan gelombang beberapa sentimeter awan menghasilkan penyerakan Rayleigh. Pengecilan sebahagian besar disebabkan oleh penyerakan dan bukan penyerapan, bagi awan ais dan awan air. Pengecilan awan [db/km] untuk pancaran sehala. dengan ialah air cecair dalam ketumpatan air dalam kepanjangan gelombang; k sama dengan ; dengan ialah pemalar dielektrik kompleks. Pengecilan bergantung pada dan dalam julat kepanjangan gelombang dari 10 ke 1 cm adalah hampir (1 hingga 100) x bagi awan air dan (2 hingga 20) x bagi awan ais.
medium cloudawan tengahSainsHidrometeorologiAwan di tahap pertengahan. Awan altokumulus selalunya awan aras tengah.
12345678910...

Kembali ke atas