Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ya/] | ايق

Definisi : alat utk menapis (menyerkai) barang yg halus (spt tepung dsb); mengayak 1. menapis dgn ayakan (dgn cara menggoyang-goyangkannya): ~ tepung; 2. ark berjalan bergoyang-goyang ke kiri kanan: ~ spt itik;ayakan ayak; umpama ~ dawai prb mem-buat sesuatu tidak dgn cermat; pengayakan 1. perbuatan atau cara meng­ayak; 2. Jk ayakan;pengayak 1. orang yg mengayak; 2. ayak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ya/] | ايق

Definisi : , = pengayak 1 alat utk menapis barang yg halus (spt tepung). mengayak 1 menapis dgn ayak (dgn menggoyangkannya ke kiri dan ke kanan): ~ tepung. 2 bergerak bergoyang-goyang. ayakan hasil mengayak; apa-apa yg sudah diayak. pengayakan perbuatan (cara dsb) mengayak. pengayak 1 orang yg mengayak. 2 alat utk mengayak; ayak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aslm tuan, adakah perkataan "ayak-ayak", yang merupakan terjemahan bagi perkataan "daddy-long-legs", boleh digunakan untuk merujuk pada lelabah dalam keluarga Pholcidae dan order Opiliones yang turut dipanggil sedemikian?Padanan bahasa Melayu bagi istilah daddy-long-legs ialah ayak-ayak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah ayak-ayak boleh digunakan untuk merujuk pada lelabah dalam keluarga Pholcidae dan Opiliones.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2023
salam, apakah terjemahan bagi haiwan akuatik 'water strider'? Adakah kumbang air? Terima kasih.

Nama lain water strider ialah pond skater.  Dalam buku istilah DBP maksud pond skater ialah "ayak-ayak".  Walau bagaimanapun dalam Ensiklopedia DBP maksud kumbang air: 

KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

Penyemakan dan penterjemahan23.09.2014
sinonom perkataan ayakcadangan kami ialah saring. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat dan situasi. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.  Istilah16.12.2009
Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260.Sila rujuk lampiran.Makna01.07.2021

Kembali ke atas