Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cawi[tSA.wi]kata namaekor layang-layang, ayam, burung dan sebagainya yang panjang berjurai.Ayam jantan yang tak bocawi namo ayam kapa.[A.jAm dZAn.tAn jAN tA/ b.tSA.wi nA.m.E A.jAm kA.pA]Ayam jantan yang tidak berekor namanya ayam kapa.
rosang[č.sAN]kata kerjamenyerang dengan garang (ayam, itik, burung).Ibu ayam tu garang, dirosange kok dokek.[i.bu A.jAm tu gA.ÄAN di.č.sAN.E k/ d.kE/]Ibu ayam itu garang, diserang kalau didekati.
tongkalak[tN.kA.lA/]kata namatempat ayam bertelur atau mengeram yang berbentuk peti kayu dan berikat.Ayam dalam tongkalak tu jangan dikacau, dirosange kang![A.jAm dA.lAm tN.kA.lA/ tu jA.NAn di.kA.tSAw di.č.sAN.E kAN]Ayam yang mengeram dalam tengkalak itu jangan diganggu, diserangnya nanti.
toboba[t.b.bA]kata kerjaterkejut lazimnya merujuk kepada binatang.Ayam kek roban tu toboba dimasuk dek musang.[A.jAm ke/ č.bAn tu t.b.bA di.mA.su/ dE/ mu.sAN]Ayam dalam reban itu terkejut kerana dimasuki musang.
rewai[ÄE.wAj]kata kerja1.      memukul menggunakan sesuatu yang panjang seperti rotan, galah, kayu dan lain-lain.Apo dibiaan ayam tu, rewai la siket.[A.p di.bi.jA.An A.jAm tu ÄE.wAj lA si.ket]Apa dibiarkan ayam itu, rewailah sedikit.
bororok[b.č.č/]kata kerjaberebut-rebut.Ayam tu bororok makan jagung, jagunge siket.[A.jAm tu b.č.č/ mA.kAn dZA.guN s.bAb dZA.guN.E si.kEt]Ayam itu berebut-rebut makan jagung, sebab jagungnya sedikit.
tojungkang[t.dZuN.kAN]kata kerjamati biasanya digunakan untuk haiwan.Anak-anak ayam abih tojungkang dek sampa.[A.nA/.A.nA/ A.jAm A.bih t.dZuN.kAN de/ sAm.pA]Anak-anak ayam habis mati kerana penyakit sampar.
luluk[lu.lu/]kata kerjamakan tanpa kunyah (telan).Ula sawo tu luluk ayam, abih sokandang.[u.lA sA.w tu lu.lu/ A.jAm A.bih s.kAn.dAN]Ular sawa itu telan ayam, habis sekandang.
sompulun[sm.pu.lun]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; bosomeba.Anak ayam tu sompulun larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu sm.pu.lun lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
bosomeba[b.s.mE.bA]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; sompulun.Anak ayam tu bosomeba larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu b.s.mE.bA lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
12

Kembali ke atas